CANON & MNS TINGKATKAN USAHA MEMULIHARA TAPIR MALAYA

Foto Oleh Kate Mayberry

Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Canon Opto Malaysia Sdn. Bhd. berbangga untuk meneruskan komitmennya terhadap alam sekitar yang lebih hijau dan mampan melalui inisiatif One Canon One Tree. Inisiatif ini telah memasuki tahun yang kelima, namun buat pertama kalinya, Canon telah bekerjasama dengan Malaysian Nature Society (MNS) untuk membantu memulihara Tapir Malaya dengan menanam pokok di habitat semula jadinya.

Selama tiga generasi, populasi Tapir Malaya telah menurun lebih daripada 50%, secara amnya kerana habitat asalnya telah digunakan untuk penanaman kelapa sawit dan lain-lain pembangunan manusia. Dengan baki kira-kira 1,300 ekor, satu-satunya spesis tapir di Asia ini kini dikategorikan sebagai spesis terancam. Kebanyakan populasinya wujud dalam pemencilan di kawasan-kawasan yang dilindungi dan kawasan-kawasan yang kecil di dalam hutan. Tapir Malaya atau nama saintifiknya Tapirus Indicus adalah haiwan yang biasanya hidup bersendirian. Haiwan yang pemalu dan suka mengelak dari ditemukan ini mempunyai jangka hayat selama kira-kira 30 tahun dan akan berusaha untuk tidak bertembung dengan haiwan-haiwan dari spesis kucing bersaiz besar kerana ia merupakan pemangsa utamanya.

Tapir Malaya mempunyai kaitan rapat dengan kuda dan badak sumbu dan merupakan sejenis mamalia herbivor yang hanya makan daun dan buah-buahan. Oleh itu, pokok amat penting dalam kehidupan haiwan ini. Habitat-habitat dan Tapir saling memerlukan. Tapir mengeluarkan biji benih buah-buahan bermusim yang dimakannya ke dalam najisnya, secara tidak langsung menyemai dan menyebarkan biji benih tersebut kembali ke dalam fauna dan membantu menjadikan alam sekitar lebih mampan secara semula jadi. Ini menjadikan Tapir pekebun semula jadi di dalam hutan, tanpa Tapir, habitat-habitat akan terganggu dan mungkin akan terhapus.

Pada tahun ini, One Canon One Tree menjadi perbualan dalam talian. Dari 2 November hingga 22 November 2020, kempen ini menceritakan kisah Tapir Malaya bersama MNS dan netizen menyatakan sokongan terhadap pemuliharaan alam sekitar melalui komen mereka dengan menyambung ayat “Bagi melindungi habitat Tapir, kita boleh…” di Facebook dan Instagram. Canon telah menanam sebatang pokok bagi setiap komen unik yang dihantar oleh orang ramai di laman media sosial mereka, dengan sepuluh komen terbaik memenangi beg tote Tapir. 

Andrew Koh, Presiden & CEO Canon Marketing Malaysia dan Takeshi Saotome, Pengarah Urusan Canon Opto Malaysia idalam usaha menanam pokok di Pusat Konservasi Malayan Tapir.

Sepanjang kempen ini, Canon menerima beberapa komen yang menarik dari netizen yang mempamerkan kreativiti dan keprihatinan mereka terhadap Tapir:

“Bagi melindungi habitat Tapir, kita boleh menanam lebih banyak pokok, dan ini akan menyediakan makanan, perlindungan, tempat berteduh, udara yang lebih bersih, dedaun yang cantik, memelihara tanah dan menjadi tempat tinggal bagi begitu banyak hidupan liar untuk generasi akan datang!” – Shivani Desai

“Bagi melindungi habitat Tapir, kita boleh mengambil bahagian dalam kempen penanaman pokok [(T)ree], memerangi [(A)dvocate] pemburuan Tapir di seluruh dunia, mengamalkan [(P)ractice] pengurangan sisa buangan dalam kehidupan kita, katakan tidak kepada pembasmian hutan dan pembakaran hutan secara haram [(I)llegal], meningkatkan [(R)aise] kesedaran terhadap status Tapir sebagai spesis yang terancam.” - Joycelyn Ong Shee Hui

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Tapir Malaya dan statusnya dalam ekosistem kita. Dengan memainkan peranan dalam pemeliharaan flora dan fauna, Canon bertekad untuk meneruskan usaha ini melalui pendidikan dan penyertaan aktif dalam program-program kemampanannya. 

“MNS berbesar hati untuk bekerjasama dengan Canon dalam kempen ini. Dengan sokongan Canon, spesis-spesis pokok yang relevan akan ditanam. Ini akan membantu mempercepatkan Program Pemuliharaan Tapir dan menyediakan bekalan makanan jangka panjang yang mampan untuk tapir yang menjalani rehabilitasi di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar di Sungai Dusun, Selangor,” kata I.S. Shanmugaraj, Pengarah Eksekutif MNS.

MNS yang diasaskan pada tahun 1940 adalah organisasi alam sekitar bukan kerajaan yang terbesar dan tertua di Malaysia. Fokus menyeluruh MNS dalam aktiviti-aktivitinya adalah terhadap pemuliharaan habitat-habitat yang pelbagai di Malaysia dan melindungi warisan negara Malaysia, terutamanya dalam landskap-landskap yang sensitif dari segi ekologi. MNS memulakan program pemuliharaan Tapir pada tahun 2012 di mana ia menggunakan Hari Tapir Sedunia yang diraikan pada 27 April setiap tahun sebagai platform untuk mendidik orang ramai tentang haiwan yang hebat ini.

“Canon berbangga dapat menyumbang terhadap usaha pemuliharaan dan menjadikan alam sekitar lebih mampan, bukan sahaja untuk habitat Tapir, tetapi juga mengembalikan kehijauan di bumi ini. Usaha berterusan oleh Canon ini membantu menjadikan alam sekitar lebih hijau untuk manusia serta hidupan liar yang terancam seperti Tapir Malaya, seterusnya mengembalikan keseimbangan dalam alam. Ia merupakan sebahagian daripada misi kami untuk meneruskan kempen ini bagi memastikan generasi akan datang dapat menikmati keindahan semula jadi Malaysia seperti yang kita ada sekarang,” kata Andrew Koh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia. 

“Kami teruja untuk menyebarkan mesej bahawa kemampanan adalah penting untuk kesejahteraan planet kita. Perjalanan hebat Canon ini diharap akan dapat memberi inspirasi kepada pihak-pihak lain untuk turut menyertai usaha seperti ini,” kata Takeshi Saotome, Pengarah Urusan Canon Opto Malaysia. 

Sesuai dengan falsafah Kyosei, Canon memberi penekanan terhadap keseimbangan antara tanggungjawab syarikat terhadap komuniti dan alam sekitar dengan kepentingan perniagaannya dengan bekerjasama untuk mencapai manfaat yang dikongsi bersama. Selain daripada menginjak batasan dengan pelbagai teknologi pengimejan yang inovatif, Canon juga berusaha memastikan setiap inovasinya adalah mesra alam. 

Sejak tahun 2016, inisiatif One Canon One Tree telah menyumbang ribuan pokok sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya terhadap pemuliharaan alam sekitar dan membina alam sekitar yang mampan untuk generasi akan datang. Sebelum ini, Canon telah memberi sokongan terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam dalam usaha membantu bandaraya tersebut mencapai status karbon rendah. Setakat ini, Canon telah menanam lebih 8000 pokok sepanjang tempoh kempen tahunan tersebut. 

Untuk maklumat lanjut, layari my.canon, atau ikuti laman rasmi Facebook di www.fb.com/CanonMalaysia dan laman rasmi Instagram di @canonmalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA