GUARDIAN LANCAR KEMPEN ‘HEALTHY BEAUTY FROM THE HEART’


Pandemik Covid-19 telah mengubah cara hidup kita dan mengancam beberapa golongan terutamanya golongan rentan dan yang memerlukan.

Menyedari hakikat bahawa kita perlu menjaga diri kita (#KitaJagaKita) dan sebagai warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab secara sosial, Guardian Malaysia telah memulakan satu kempen amal untuk melengkapkan golongan yang memerlukan dan pelanggan-pelanggan setianya dengan cecair pembasmi kuman - satu kemestian - agar kebersihan diri mereka dapat dikekalkan untuk kekal selamat. 

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata: “Kami menyedari betapa penting dan perlunya untuk memastikan tangan kekal bersih dalam usaha membasmi penyebaran Covid-19. Selain daripada pelanggan-pelanggan setia kami, tiada golongan yang lebih rentan daripada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan, seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan. Kempen ini merupakan satu cara untuk membantu memastikan kedua-dua golongan tersebut dan para pelanggan kami memiliki cecair pembasmi kuman yang efektif untuk mencuci tangan mereka dan mengekalkan kebersihan.” 

“Dikenali sebagai kempen ‘Guardian Healthy Beauty from the Heart’, kami akan mengagihkan 15,000 botol cecair pembasmi kuman tersebut kepada para pelanggan dan 14 buah rumah dan organisasi kebajikan di seluruh Malaysia serta akan menggalakkan pelanggan untuk turut terlibat dalam usaha amal ini,” tambah beliau. 


Untuk permulaan, Guardian Malaysia akan mengagihkan kira-kira 3,000 botol cecair pembasmi kuman ke beberapa organisasi amal terpilih bermula awal bulan Disember. 

“Bermula 16 Disember, kami akan memulakan inisiatif ini di stor-stor kami dimana pelanggan yang berbelanja sebanyak RM40 dan ke atas dalam satu resit bakal menerima satu botol cecair pembasmi kuman percuma. 

“Mereka mempunyai pilihan untuk mendermakan botol cecair pembasmi kuman tersebut ke rumah atau organisasi kebajikan terpilih dalam negeri masing-masing dimana stor Guardian berada. 

“Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengimbas kod QR pada poster kempen yang dipaparkan di stor tersebut dan menyerahkan botol itu semula kepada kakitangan kami yang kemudiannya akan mengumpulkan botol-botol tersebut untuk diedarkan ke organisasi amal yang telah dikenal pasti di negeri mereka. Kami telah memperuntukkan 12,000 botol cecair pembasmi kuman bagi tujuan ini,” jelas Anna. 


Kempen dalam stor akan berlangsung selama seminggu bermula 16 Disember sehingga 20 Disember 2020 atau sehingga kehabisan stok. 

“Kami amat menggalakkan para pelanggan yang datang ke stor untuk turut serta dalam menjayakan usaha amal ini kerana inilah masanya untuk kita saling menjaga antara satu sama lain,” tambah Anna. 

14 rumah dan organisasi kebajikan yang telah dikenal pasti untuk menerima cecair pembasmi kuman adalah seperti di bawah:

1. Johor 
Calvary Victory Centre, 
Bangunan PKK 3, Education Hub Persisiran Sutera Danga 1, Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor 

2. Kedah 
Pusat Jagaan Orang Tua dan OKU D’Zenith Homes, 
372, Jalan Tiong, off Jalan Badlishah, 08000 Sungai Petani Kedah. 

3. Kelantan 
Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa (Lilbanat) Siti Aminah, 
Kg. Baru Luar, Pasir Pekan, 16250 Tumpat, Kelantan. 

4. Melaka 
Rumah Anak Yatim Miskin (PAYASUM), 
KM 18, Paya Rumput Jaya, 76300 Sungai Udang, Melaka. 

5. Negeri Sembilan 
Persatuan Kebajikan Vinashini, 
10M, Batu 4 ½, Jalan Kuala Sawah, Mambau, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. 

6. Pahang 
Rumah Puteri Anak Yatim & Fakir Miskin Baitul Husna, 
Lot 132, Kampung Pelindung Beserah, 26100 Kuantan Pahang. 

7. Perak 
Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman 
Plot 359, Lorong Dato, Off, Jalan Dato Manjoi, 30020 Ipoh, Perak. 

8. Perlis 
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, 
Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jejawi Dalam, 02600 Arau, Perlis. 

9. Penang 
Silver Jubilee Home For The Aged, 
Jalan Sungai Dua, 11700 Pulau Pinang. 

10. Sabah 
Bukit Harapan, 
Jalan Tuaran Bypass, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. 

11. Sarawak 
The Salvation Army Children's Home, 
138 Jalan Uplands, 93200 Kuching, Sarawak. 

12. Selangor 
SHELTER Home for Children, 
No. 9, 1st floor, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor. 

13. Terengganu 
Pusat Jagaan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah, 
Lot 4972, Taman Alam, Perdana Binjai, 24000 Kemaman, Terengganu. 

14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
Pusat Jagaan Kanak-kanak WP, 
No.9 Jln 9/39, Taman Petaling, 52100 Kepong K.L.


Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA