THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® LANCAR TAG HADIAH CARING CUP


Pada masa yang sukar ini, kebaikan yang dihulur tidak kira sekecil mana boleh membawa perubahan besar, dan pelanggan The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) mainkan peranan penting dalam membantu Assunta Integrated Social Services (ASSISS) dengan misi mereka untuk memberi perkhidmatan kepada golongan kurang berkemampuan. Perkhidmatan mereka merangkumi sebuah klinik bergerak, dan kutipan dana melalui kolaborasi dengan CB&TL akan digunakan untuk membeli sebuah van lagi supaya boleh menjangkau lebih banyak komuniti yang memerlukan..

“Kami sangat gembira untuk mengumumkan bahawa inisiatif Caring Cup CB&TL telah berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM142,000, yang akan digunakan untuk membeli sebuah van baharu bagi kegunaan ASSISS,” kata Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. “Selama bertahun-tahun, ASSISS telah memberikan pemeriksaan kesihatan, perkhidmatan dan bekalan perubatan kepada masyarakat yang terpinggir, dan pada tahun ini, dengan kehadiran pandemik COVID-19 menyebabkan semakin ramai yang memerlukan perkhidmatan ini. Usaha ini juga bertepatan dengan sambutan Hari Kebaikan Sedunia baru-baru ini dan ia menjadi suatu penghormatan buat CB&TL dalam menyokong usaha murni mereka sepanjang tahun 2020. Kami akan terus memberi sokongan sepanjang musim percutian ini melalui penjualan Tag Hadiah Caring Cup dan kotak sumbangan di semua cawangan CB&TL.”


Hasil kutipan daripada Tag Hadiah Caring Cup yang popular ini, yang didatangkan dalam rekaan baharu sehingga 4 Januari 2021, akan membantu membiayai penambahbaikan dan bekalan-bekalan penting supaya ASSISS boleh meneruskan usaha murni mereka.

“Penjagaan kesihatan adalah perkhidmatan yang sangat penting, tetapi bagi kebanyakan komuniti ianya masih jauh daripada jangkauan. Pada tahun 2019 sahaja, ASSISS menyediakan penjagaan atau bantuan perubatan kepada 11,597 pesakit di Lembah Klang, Kota Kinabalu, Keningau, Kuching dan Bukit Mertajam. Dalam tempoh yang tidak menentu dan mencabar ini, keperluan untuk penjagaan kesihatan ini semakin meningkat dan dengan tambahan sebuah van baharu, ASSISS boleh membantu lebih ramai orang yang memerlukan,” kata Sr Elizabeth Tan, FMM, Pengerusi ASSISS. “Kolaborasi bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia ini sangat dihargai dan ia tiba pada masa yang sangat penting untuk ASSISS dan orang yang bergantung kepada kami bagi mendapatkan bantuan.”

Kunjungi mana-mana cawangan CB&TL untuk memberi sumbangan atau membeli Tag Hadiah Caring Cup bagi menyokong ASSISS. Untuk keterangan lanjut mengenai berita dan promosi CB&TL, sila lawati halaman Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau layari laman sesawang di www.coffeebean.com.my

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING