PANDUAN HADIAH HARI MEMPERINGATI KEKASIH, XOXO
Ingin memanjakan orang yang tersayang di Hari Memperingati Kekasih? Lupakan hadiah yang kise seperti cokelat dan bunga mawar, dan zahirkan rasa saying anda dengan hadiah yang akan si dia gemari – kurniaan kulit yang mulus tanpa cela. SK-II mengumpulkan produk terlaris untuk membantu si dia memperolehi #skingoals, kulit idamannya. Percayalah – mereka akan terhutang budi kepada kamu!
XOXO, MIRACLE ESSENCE YANG DIA SAYANGI
SK-II PITERA™ Essence
Diinspirasikan oleh gabungan cinta, dakapan dan kucupan, rekaan edisi terhad XOXO bagi PITERA Essence SK-II yang ikonik adalah cara yang sempurna untuk mengekspresikan cinta and kepada si dia pada Hari Memperingati Kekasih. Dengan cetakan motif “XOXO” yang tebal dan berwarna emas di atas botolmerah menyala, rekaan ini adalah satu cara yang hebat untuk menunjukkan cinta anda tanpa membicarakan sepatah perkataan pun. Produk essence yang digemari ramai wanita di serata dunia menyubur, menenangkan dan menghidratkan kulit untuk menghasilkan seri wajah yang sidia idamkan – hadiah yang sempurna untuk Hari Memperingat Kekasih!
Harga: 230ml - MYR 759
CERIAKAN HARI SI DIA DENGAN AURA ESSENCE
SK-II’s GenOptics Aura Essence
GenOptics Aura Essence SKII yang terlaris ini membantu menyerlahkan seri dari dalam untuk kulit yang cantik berseri. Serum pelbagai kegunaan ini sarat dengan ramuan yang mujabrab untuk mengurangkan kekusaman dan bitnik-bintik pada kulit.
Harga: 30ml – MYR 589 50ml – MYR 838 75ml – MYR 1,179
SERLAHKAN SERI WAJAHNYA
R.N.A. POWER Airy Milky Lotion
Krim pelembap yang pernah memenangi anugerah ini menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya yang ringan dan mudah diserap ke dalam kulit, menjadikannya satu produk yang sesuai untuk cuaca negara kita yang lembap. Jika kulit yang cantik, kelihatan remaja dan berseri menjadi idaman si dia, krim ini pasti dapat membantu mencapainya.
Harga: 50g – MYR 419 80g- MYR 633
Produk-produk di atas boleh didapati melalui laman web rasmi SK-II.
Feature photo by: Ribbon photo created by katemangostar - www.freepik.com
Comments
Post a Comment