SINOPSIS: KISAH CINTA RUMI @ SLOT LESTARY RAMADAN


Slot Lestary Ramadan akan dihiasi dengan Kisah Cinta Rumi tidak lama lagi. Drama bersiri 13 episod yang dibintangi oleh Riena Diana dan Khai Bahar ini mengisahkan tentang kisah cinta di antara pasangan yang mempunyai 2 status sosial yang berbeza.

Sinopsis:

Sejak kecil, Mika diajar oleh ayahnya, Mahmud untuk mencari mata pendapatan dengan apa jua cara pun. Mika terjebak dengan kegiatan haram demi hasil pencarian hidup keluarganya. Membesar di Chow Kit, Mika sering menghabiskan masa di jalanan dan berkawan dengan budak-budak nakal. Runisa, seorang gadis yang baru berumur 23 tahun tidak bersetuju dengan ibu dan kakaknya yang sangat mementingkan status. Satu pertemuan yang tidak dirancang antara Mika dan Runisa telah membibitkan rasa cinta antara mereka berdua. Puan Haniza, ibu Runisa berikhtiar untuk memisahkan pasangan muda ini.

Drama ini akan mula disiarkan pada 24 April hingga 14 Mei 2021 jam 9 malam di TV3 dan akan tayangan eksklusif dan percuma pada jam 10 malam di WeTV.

Jangan lupa menonton drama menarik ini di TV3 dan di WeTV selepas satu jam tayangan. Penonton juga boleh langgani WeTV untuk mengikuti drama-drama dan filem-filem menarik secara strim di laman web WeTV, wetv.vip atau di aplikasinya yang boleh didapati di App Store atau Google Play Store.

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

KINOHIMITSU PERKENAL KOLEKSI HAMPER TAHUN BARU CINA 2026

HARVEY NORMAN MALAYSIA LANCAR LAKARAN MALAYSIA: GABUNGAN SENI KONTEMPORARI DAN WARISAN TEMPATAN

CETAPHIL® PERKENALKAN CERAMIDE REPAIR LOTION: INOVASI BAHARU UNTUK KULIT SENSITIF