STARVENDORS MEGA RAYA FEST 2021 LEBIH HAVOC, LEBIH MERIAH


Starvendors Mega Raya Fest 2021 kini kembali meneruskan tradisi acara tahunan dengan menghimpunkan 400 jenama fesyen, kecantikan dan kelengkapan rumah pada 7 hingga 9 Mei 2021.

Starvendors Mega Raya Fest adalah acara festival menjelang Hari Raya Aidilfitri yang berlansung setiap tahun. la juga merupakan sebuah acara membeli-belah yang menghimpunkan usahawan-usahawan dan selebriti tempatan dalam memasarkan perniagaan mereka. Pada tahun ini, ia merupakan kali yang kedua dianjurkan sejak tahun 2019 termasuk beberapa siri jelajah di negeri Johor dan Sabah.

Starvendors dikenali dan mempunyai jutaan pengikut dalam meraikan pelbagai aktiviti termasuk jualan, pameran, permainan dan cabutan vaganza untuk pengunjung. Misi utama Starvendors berskala besar untuk membantu perniagaan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan juga usahawan-usahawan di kalangan selebriti.

Acara tahun lepas terpaksa dibatalkan kerana pandemik yang berlaku di seluruh dunia dan salah satu sebab mengapa Starvendors ingin meneruskan acara tahunan ini adalah untuk meningkatkan ekonomi negara dan membantu para usahawan bangkit dan mempromosi produk mereka.

Acara ini akan berlansung dari jam 10.00 pagi sehingga 2.00 pagi selama 16 jam tanpa henti bertempat di Hall 4 Dewan Tun Razak, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr.lsmail. Sebanyak 300 lebih booth disediakan dan lebih 400 jenama tanah air majoritinya dimiliki usahawan bumiputera. Turut memeriahkan acara ini adalah 50 selebriti dan artis tanahair terkenal membawa jenama mereka sendiri.


Puan Saripah Raziah atau dikenali dengan nama pentas Ifa Raziah adalah selaku Ketua Pegawai Eksekuti (CEO) Star Vendors Event Sdo Bhd. Terkenal sebagai selebriti tanah air yang berpengelaman selama 20 tahun, beliau telah membuktikan bahawa beliau mampu mengendalikan acara berskala besar setanding acara-acara yang ada di negara ini.

Puan Ifa Raziah komited demi mencapai lebih banyak kejayaan dan percaya dengan keboleha' dan kepakaran pasukannya bahawa mefeka mampu menganjurkan festival yang sentias dikagumi di dalam mahupun luar negara.

Starvendors 2021 adalah kebangkitan untuk acara dyatankan di lokasi terhangat Kuala Lumpur World Trade Center dengan kenasama jenama-jenama seperti Jubahsouq, Ekkidos, Naelofar Hijab, Alha Alfa Cosmetics. Secret Desire dan ramai lagi.

Antara selebnti yang turut menggegarkan Starvendors tahun int ialah Dato AC Mizal, Datuk Seri Vida. Cik B, Rozita Che Wan. Awal Ashaari. Scha Al Yahya, Erra Fazira, Liza Hanim, Zizi Kirana, Bob Yusof, Zoey Rahman, Shila Amin, Amelina, Putera Amaris, Kumpulan Rabbani, Nana Mahazan, Syamel dan Erni Zakri, Yonnyboii. Tuju & Noki K-clique, Zulin Aziz dan ramai lagi.

Starvendors 2021 menampilkan pengacara selebriti seperti Ahfad, Watie Elite, Ani Maiyuni, Acong Sweetchild dan pengacara ‘on ground’ seperti Mamu Penang, Kelly Azman dan Sham Pujangga.

Juga tidak dilupakan penyiar media rasmi Starvendors iaitu Astro bersama-sama radio ERA, SINAR dan MIX FM. Hotel rasmi Starvendors untuk tahun int adalah Seri Pacific Hotel.

Starvendors juga akan mengadakan acara tahunan Year End Sale (YES FEST) pada akhir tahun ini diikuti beberapa acara di negeri-negeri lain pada tahun 2022. Selain itu, Starvendors akan mengadakan cabutan vaganza bertuah terkumpul dengan hadiah yang bernilai RM100,000.00 termasuk sebuah kereta, 3 buah motorsikal dan hadiah eksklusif dalam peraduan Beli dan Havoc pada tahun ini. Pemenang akan diumumkan selepas cabutan terkumpul di Starvendors Mega Raya Fest dan Starvendors YES Fest tahun ini.

Bagi menganjurkan acara dengan norma baharu, pihak Starvendors akan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membendung penyebaran Covid-19. Segala langkah berjaga-jaga akan diambil seperti pemeriksaan suhu, aplikasi My sejahtera, sanitasi di setiap ruang legar dan penjarakkan sosial. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak di galakkan untuk di bawa dan had umur sehingga 60 tahun sahaja dibenarkan masuk.



Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.instagram.com/starvendors/ atau https://www.facebook.com/starvendorsevent/

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?