ADRIAN & AMYZA NYANYIKAN LAGU TEMA AIDILFITRI MEDIA PRIMA BHD

 


Aidilfitri bakal menjelma. Ini merupakan tahun kedua kita bakal menyambut Syawal dalam norma baharu. Semestinya perasaan rindu pada kampung halaman, keluarga dan sanak saudara semakin menebal. Mana tidaknya! Sudah dua tahun kemeriahan Aidilfitri tidak dapat disambut dengan sanak saudara yang jauh dan dekat. Pasti banyak cerita yang ingin dibualkan di pagi raya nanti. Hanya panggilan video sahaja sebagai pengubat rindu.

Melihat situasi ini, Media Prima Berhad melalui syarikat rakaman Monkey Bone, mengambil peluang menghasilkan sebuah lagu yang dapat menyampaikan perasaan rindu kepada keluarga dan insan-insan tersayang. “Salam Sayang” boleh dikatakan sebagai penghubung dalam menyambut kemeriahan Aidilfitri tahun ini. Walau jarak memisahkan, tetapi bulan kemenangan ini tetap disambut dengan kemeriahan. Lebih istimewa lagu ini juga diangkat sebagai lagu tema Aidilfitri Media Prima Berhad.

Lagu gubahan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Acap ini telah disampaikan dengan baik sekali oleh pasangan ibu dan anak popular, Amyza Aznan dan Adrian. Mereka merupakan peserta dan juga pemenang bagi rancangan Famili Duo Episod 4 yang telah bersiaran di TV3. Semua pihak bersetuju apabila kali pertama pasangan ibu dan anak ini dicalonkan untuk merakamkan lagu ini. Aura mereka, keletah mereka menjadi aspek penting dalam pemilihan kali ini. Seperti yang diduga, dengan bantuan komposer terkenal, Sharon Paul, lagu ini sangat menepati citarasa setiap pendengar.

Sebagai seorang penyanyi cilik, Adrian mempunyai satu jalan yang baik di ruang industri hiburan dengan anugerah suara yang telah dikurniakan. Dilamar oleh Monkey Bone, Adrian juga dalam proses menyiapkan single pertama beliau.

Kejayaan Adrian juga dilihat berkait rapat dengan latar belakangnya seperti:
  • Pemenang Program Famili Duo 2021 (episod 4, TV3 Malaysia)
  • Anak kepada pelakon dan pengacara popular, Amyza Aznan
  • Masih berusia 13 tahun
  • Pengikut instagram Adrian seramai 7830
  • Pengikut instagram Amyza seramai 370k
  • Video persembahan di Famili Duo Top 3 “Trending” di YouTube dan mengekalkan Top 10 trending selama lebih seminggu. Tontonan terkini 788k
  • Keistimewaan Adrian, mampu menghasilkan teknik “whistle” walaupun tanpa kelas vokal khusus.
Dengarkan Salam Sayang di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKbox , Deezer dan juga Joox bermula 30hb April 2021. Juga nantikan muzik video Salam Sayang di saluran Youtube Monkeybone secepat mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA