AIMAN ZAIDI RAKAM LAGU RAYA 'HARI YANG KU TUNGGU'

Tahun 2021, kita masih lagi dibelenggu dengan pendemik dan suasana PKP dan SOP yang memberi impak besar terhadap industri khususnya industri hiburan. Namun, ia tidak boleh menghalang kita untuk terus meraikan Hari Raya Aidilfitri yang dinantikan setiap tahun.

Jadi, pada tahun ini, Werkit Records telah menghasilkan satu karya baru sempena Hari Raya Aidilfitri yang bertajuk “Hari Yang Ku Tunggu”. Lagu ini juga merupakan single pertama Aiman Zaidi hasil ciptaan komposer terkenal iaitu Sharon Paul dan lirik pula oleh Dato A.Aida.

“Hari Yang Ku Tunggu” menjadi lagu tema OST drama komedi raya yang berjudul “Jom Mak Raya KL”. Drama komedi sebanyak empat episod akan akan ditayangkan pada hari raya pertama iaitu 13 Mei 2021. Drama ini dibintangi oleh artis terkenal seperti Andi Bernadee, Zara Zya, Azizah Mahzan, Bell Ngasri dan juga Kazar.

Lagu ini sudah boleh didengari di semua platform digital dan musik video boleh di tonton di YouTube Werkit Records.


 

Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 BAWA KEMERIAHAN BUDAYA MALAYSIA KE PENTAS PERMOTORAN DUNIA

AEON MALL RAIKAN KEMERIAHAN PESTA KUIH BULAN 2026 MENERUSI KEMPEN “CHERISH REUNIONS”

JYNNS BUKA FLAGSHIP STORE DI PAVILION KUALA LUMPUR, PERKENAL SEMBURAN MULUT PROPOLIS MADU TRIGONA