GELAK KETAWA BERSAMA "FRIENDS: THE REUNION" PADA 27 MEI INI


Friends: The Reunion – program istimewa yang dinanti-nantikan bakal bersiaran secara serentak dengan Amerika Syarikat pada Khamis, 27 Mei pada jam 3.01 petang secara eksklusif di HBO GO, dan diikuti dengan siaran pada hari yang sama di HBO (Astro Ch 411 HD) pada jam 9 malam. 

Bintang-bintang Friends Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry, dan David Schwimmer bakal kembali ke pentas rakaman siri komedi ikonik ini, Stage 24, di Warner Bros. Studio, Burbank untuk sebuah program yang tidak berskrip bagi meraikan siri tersebut.

Buat pertama kalinya dalam 17 tahun, barisan pelakon Friends disatukan semula untuk sebuah program istimewa yang dirakamkan di pentas asal. Program ini akan dimudahcarakan oleh James Corden dan menampilkan ramai personality terkenal termasuk David Beckham, Justin Bieber, BTS, James Corden, Cindy Crawford, Cara Delevingne, Lady Gaga, Elliott Gould, Kit Harington, Larry Hankin, Mindy Kaling, Thomas Lennon, Christina Pickles, Tom Selleck, James Michael Tyler, Maggie Wheeler, Reese Witherspoon dan Malala Yousafzai.


Jangan lupa untuk saksikan Friends: The Reunion pada Khamis 27 Mei 2021 ini.


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM