GUARDIAN TURUNKAN DAN KUNCI HARGA 1,500 PRODUK KEPERLUAN


Guardian Malaysia hari ini melancarkan inisiatif seluruh negara untuk menurunkan dan mengunci harga 1,500 barangan keperluan kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi untuk membantu mengurangkan impak cabaran kewangan yang diakibatkan oleh pandemik.

Harga-harga barangan ini telah diturunkan dan akan dikekalkan untuk sepanjang tahun ini agar pelanggan tidak perlu berkunjung ke banyak tempat untuk mendapatkan tawaran-tawaran hebat, kata Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Asia Tenggara (Guardian SEA), dan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia).

Beliau berkata: “Kami telah mendengar keluhan pelanggan dengan teliti apa yang mereka inginkan, terutamanya berikutan penularan wabak ini dan telah membuat keputusan untuk membantu mereka dengan mengunci harga 1,500 barangan keperluan pada harga yang rendah untuk melindunginya daripada turun naik.

Inisiatif ‘Harga Rendah DiKunci Untuk Kekal Rendah’ (Low Prices Locked To Stay Low) adalah usaha serantau oleh Guardian SEA yang menggarisbawahi komitment Kumpulan syarikat kami dalam memastikan harga barangan keperluan harian seperti mandian, penjagaan rambut, kebersihan diri, vitamin dan makanan tambahan, kekal berpatutan sepanjang tempoh yang mencabar ini ketika dimana para pelanggan semakin berusaha untuk menambah nilai wang mereka.

Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Asia Tenggara (Guardian SEA), dan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia).

“Para pelanggan kami di seluruh negara, termasuk mereka yang gemar membeli secara dalam talian, boleh menikmati harga-harga yang berpatutan dan nilai hebat, setiap hari untuk sepanjang tahun ini. Kami percaya para pelanggan kami akan menghargai bentuk sokongan seperti ini dalam persekitaran yang tidak menentu kini,” tambah beliau.

Lauridsen berkata pemilihan produk harga rendah dikunci adalah berdasarkan kajian Guardian ke atas tabiat membeli dan tingkah laku pengguna. Ia menunjukkan barangan yang sering dibeli seperti mandian Dove, syampu Pantene, Ubat gigi Darlie dan Panadol Actifast.

Pelanggan kami juga menunjukkan bahawa kebolehmilikan (affordability) adalah penting, ia adalah fokus inisiatif kami,” jelas beliau.

Meninjau hasil kajian tersebut dan mengambilkira keprihatinan mendalam terhadap penjagaan kesihatan, sejumlah 35% daripada keseluruhan barangan adalah barangan keperluan kesihatan, yang dipilih dengan teliti agar ia lebih mudah dimiliki.

Dalam iklim seperti sekarang, Guardian menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk jenama sendiri Guardian kerana harganya yang menarik dan kualiti yang dipercayai. Oleh itu, semua harga produk Jenama Guardian telah diturunkan dan dikunci dalam inisiatif ini.

Lauridsen berkata: “Pelaburan kami dalam inisiatif ini adalah selari dengan komitmen Guardian untuk mengutamakan pelanggan dalam apa jua keadaan, memahami keperluan mereka sebagai peneraju destinasi farmasi, kesihatan dan kecantikan yang dipercayai di Malaysia.

“Di samping itu, kami kekal komited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan walaupun dalam iklim ekonomi yang mencabar - kami telah melabur dalam penambahbaikan stor dan beberapa pembukaan stor baru pada tahun lalu dengan tumpuan untuk menyediakan lebih banyak akses kepada perkhidmatan dan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti kepada pelanggan, semuanya di satu destinasi.”

“Inisiatif kami bukan sekadar harga yg hebat. Kami telah bekerja keras dan telah menjadi pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti, disokong oleh sekumpulan besar ahli farmasi. Guardian kekal sebagai rakan kongsi jangka panjang yang berdedikasi dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan semua pelanggan kami,” tambah Lauridsen.



Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif Harga Rendah DiKunci Untuk Kekal Rendah Guardian, sila layari www.guardian.com.my atau berkunjung ke stor berhampiran.

 








Comments