NEUTROVIS LANCAR KEMPEN ‘MASK ON, SPREAD HOPE’

 

Bersempena dengan majlis pelancaran pelitup separuh muka Edisi Hari Raya, jenama tempatan – Neutrovis melancarkan kempen ”Mask On, Spread Hope” bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), untuk mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa memakai pelitup separuh muka demi menjaga diri mereka dan orang tersayang semasa menyambut bulan Ramadhan dan persiapan untuk Hari Raya Aidifitri. 

Kempen ini telah dilancarkan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, diiringi oleh Ketua Setiausaha, Ybhg Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam Hj Ahmad. Melalui kempen ”Mask On, Spread Hope” ini, Neutrovis beraspirasi untuk menjadi simbol harapan kepada rakyat Malaysia agar bersatu dalam menangani pandemik ini melalui vaksinasi, penjarakkan sosial dan yang paling utama, memakai pelitup separuh muka yang efektif. Ianya juga amat penting untuk mengamalkan SOP bagi memastikan keselamatan dan kesihatan keluarga serta sahabat handai semasa aktiviti ziarah menziarahi bersempena bulan Ramadhan. 

Kajian menunjukkan, terdapat ratusan titisan air bersaiz dari 20 hingga 500 mikrometer yang tersebar melalui udara setiap kali seseorang individu bercakap. Disebabkan virus Covid-19 tersebar melalui titisan air tersebut, pemakaian pelitup separuh muka gred perubatan dapat melindungi dan menghentikan penyebaran virus. 

Kempen ”Mask On, Spread Hope” ini bertujuan untuk mendidik orang awam tentang kepentingan memilih pelitup separuh muka yang tepat dan perbezaan di antara pelitup separuh muka pakai buang dan pelitup separuh muka perubatan. 

Ramai orang tidak mengetahui bahawa pelitup separuh muka pakai buang hanya sesuai untuk kegunaan industri, yang mana ianya hanya bertindak sebagai penapis habuk, dan tidak mampu untuk menyekat penularan sebarang virus. Pelitup separuh muka perubatan pula mempunyi kadar ’Bacteria Filteration Efficiancy’ (BFE) dan ’Particle Filteration Efficiancy’ (PFE) yang tinggi, mampu menyekat penularan virus dengan kemampuannya untuk menyekat bakteria bersaiz 1-5 micron dan menapis zarah bersaiz 0.1 – 1 micron. 

Pelitup Separuh Muka Premium jenama Neutrovis mengungguli kadar tersebut, dengan bacaan melebihi 98% BFE dan 96% PFE. Ianya juga lulus pensijilan CE dan memenuhi standard-standard EN14683. Neutrovis juga memberi perhatian khusus tentang kebolehgunaan pelitup separuh muka mereka dengan getah telinga yang ultra lembut, di samping penggunaan fabrik ’non-woven’ premium ekstra lembut untuk mengurangkan iritasi kepada kulit, menjadikannya sesuai untuk dipakai dalam jangka masa yang panjang. 

Neutrovis merupakan jenama anti-kuman khusus berstandard tinggi yang memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai kulit sensitif dan mementingkan imej. Neutrovis berjanji untuk menawarkan produk yang efektif dan premium pada harga mampu milik. 

Disebabkan ini, Neutrovis dianugerahkan gelaran “Pelitup separuh muka paling banyak terjual dalam masa setahun” (Jumlah: 195,131,200 keping) oleh Malaysia Book of Records. Kini, pelitup separuh muka diwajibkan untuk dipakai setiap hari, dan orang ramai menginginkan reka bentuk pelitup separuh muka yang bersesuaian dengan gaya penampilan mereka. Maka, Neutrovis telah memenuhi permintaan ini dengan menghasilkan pelitup separuh muka yang bergaya dan pada masa yang sama, ianya lulus untuk kegunaan perubatan yang mampu menyekat penularan Covid-19. 

Neutrovis menawarkan kebebasan berfesyen kepada pengguna dengan memadankan topeng pelitup separuh muka dan pakaian mereka tanpa perlu khuatir kerana diri mereka dan orang yang mereka sayangi terlindung. 

Gimik pelancaran kempen 'Mask On, Spread Hope' yang simbolik untuk "memutuskan rantaian jangkitan Covid-19".  

Menteri KPDNHEP, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, “Kementerian dimandatkan untuk memberi peringatan kepada orang awam menjelang Hari Raya ini, supaya patuh dan bertanggungjawab dengan menggunakan pelitup separuh muka perubatan yang efektif pada setiap masa – terutamanya kepada pusat-pusat membeli belah, pekerja bahagian peruncitan dan para pengguna. Saya berharap, peringatan ini dapat memupuk persefahaman dan kerjasama dalam masyarakat dengan memakai pelitup separuh muka dan memberi harapan demi menjaga keharmonian negara & ekonomi. 

Hanya dengan kerjasama diantara semua pihak, kita dapat mengawal penularan pandemik ini. Pelitup separuh muka Hari Raya Neutrovis ini mengangkat semangat Hari Raya dengan warna dan corak bertemakan perayaan Aidilfitri. 

Jenama tempatan, Maystar Beauty telah mengambil langkah yang tepat dengan membolehkan para pengguna memadankan pelitup separuh muka dengan busana Raya mereka, memberi kebebasan kepada para pengguna untuk memilih sesuai dengan citarasa mereka”. 

Neutrovis juga dengan rasminya memperkenalkan Izzue Islam (Pelakon/Penyanyi/Hos) sebagai duta produk untuk Neutrovis Barrack Series (Rogue Green & Tartan Blue) manakala Azira Shafinaz (Pelakon/Penyanyi) sebagai duta produk untuk Neutrovis Earthly Brown Series (Dessert Storm & Sahara). 

Pemilihan ini bersesuaian dengan penjenamaan Neutrovis yang dinamik, bergaya dan innovatif. Dengan semangat Hari Raya, Neutrovis menjalankan aktiviti kemasyarakatan mereka dan menyebarkan harapan dengan menyumbangkan sebanyak 100,000 unit Pelitup Muka Perubatan Premium kepada 7 buah rumah anak yatim dan pusat kebajikan di seluruh Malaysia. 

Di samping itu, Neutrovis juga turut menyumbangkan 50,000 unit Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium kepada lebih 20 buah syarikat media di Lembah Klang. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bekerja keras dan menghadapi risiko demi menyampaikan maklumat kepada orang awam. 

Berikut merupakan pusat kebajikan yang menerima sumbangan menerusi kempen ”Mask On, Spread Hope” : 
  1. Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti) 
  2. Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah Kuala Lumpur 
  3. Ibu Maryam Rumah Anak Yatim 
  4. Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras 
  5. Autism Cafe Project 
  6. Pusat Jagaan Baitul Hidayah Puchong 
  7. Pusat Jagaan Al Ghazaly Puchong 
”Melalui kempen ”Mask On, Spread Hope” kami sentiasa memikirkan tentang keperluan pelitup separuh muka untuk rumah anak yatim dan pusat kebajikan. Sumbangan ini adalah cara kami berbakti kepada masyarakat dan dengan cara ini, kami dapat menyebarkan mesej harapan,” kata Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd, Zayn Puah. 

”Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan penghargaan kepada petugas media. Tugas yang mereka lakukan amat penting terutamanya pada masa yang mencabar ini, dengan menjaga keharmonian negara melalui liputan-liputan yang mereka laporkan. Kami tidak tahu adakah orang lain menganggap mereka ini sebagai petugas barisan hadapan, tetapi kami di Neutrovis mengiktiraf mereka sebagai wira,” tambah beliau. 



Dengan harga RM34.90 sekotak yang mengandungi 50 unit pelitup separuh muka (RM0.70/unit), pelitup separuh muka Edisi Hari Raya Neutrovis datang dengan Gaya Raya Series (Lilac Dream & Royal Green) dan Jom Raya Series (Blue Moon & Festive Green). Pelitup separuh muka edisi terhad ini terdapat di pelbagai kedai dan farmasi di seluruh negara, termasuk peruncit yang terlibat seperti Caring Pharmacy, Guardian, Watsons, Health Lane Family Pharmacy, AA Pharmacy, HTM Pharmacy, Sasa, Aeon, All Day Pharmacy, Sunway Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Alpro Pharmacy dan Straits Pharmacy di sepanjang tempoh perayaan ini, sementara stok masih ada. 

Untuk Maklumat lanjut, sila layari https://www.neutrovis.com/ atau @NeutrovisMalaysia di Facebook.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025