PANDORA BAWAKAN PROMOSI ISTIMEWA RAYA BELI 2 PERCUMA 1


Tidak lengkap musim perayaan tanpa mencipta momen indah yang tidak boleh dilupakan. Bagi kebanyakan orang, Hari Raya yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi semestinya akan menjadi sambutan yang berbeza dari tahun sebelumnya. 

Sempena Hari Raya Aidilfitri, Pandora Malaysia melancarkan koleksi unik dan istimewa yang bertujuan untuk menyemarakkan suasana perayaan dalam rumah dengan menyuntik warna-warna raya ke dalam barang kemas dari koleksi terbaru musim ini. 



Apabila bercerita tentang warna-warna Hari Raya, hijau semestinya akan terlintas di fikiran kita. Dari hijau pastel ke rona gelap, ternyata mudah untuk memadankan warna hijau dengan barangan kemas perak, emas rose dan emas. Merah jambu pula tampak berani dan warna yang terang untuk gaya dan perhiasan anda. 



Manakala pelbagai rona biru memberi penampilan yang lebih elegan, terutamanya apabila dipadankan dengan barangan kemas emas dan perak. Sempena Aidifitri tahun ini, pilih dari mana-mana gaya Pandora yang sentimental, simbolik, dan elegan dan gayakan bersama yang tersayang sebagai tanda mencipta kenangan bermakna yang tidak boleh dilupakan. 


Koleksi Hari Raya boleh didapati di semua butik Pandora seluruh negara. Pandora Raya Special sedang berlangsung dari 10 hingga 16 Mei dengan promosi Beli 2 Percuma 1 untuk item terpilih, sementara stok masih ada.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI