RAIKAN KETIBAAN DISNEY + HOTSTAR DI MALAYSIA BERSAMA AINA & ALENA

Aina Abdul

Disney+ Hotstar menjemput peminat untuk mengira saat pelancaran perkhidmatan streaming yang dinanti-nantikan bersama penyanyi dan pemenang anugerah Aina Abdul dan pemuzik sape Alena Murang yang akan menyampaikan lagu-lagu Disney kegemaran anda.

Alena Murang

Disiarkan secara langsung dari halaman Facebook Disney+ Hotstar Malaysia (https://www.facebook.com/DisneyPlusHotstarMY), penonton tidak hanya akan menikmati persembahan secara 'langsung' dari rumah, tetapi juga berpeluang memenangi hadiah eksklusif Disney+ Hotstar.

Tarikh: Isnin, 31 May 2021
Masa: 8.00PM

Aina Abdul akan menyanyikan lagu "Let it Go" dari Frozen dan "Speechless" dari Aladdin dan Alena Murang akan membawa sentuhan eklektik pada lagu "Reflection" dari Mulan dan "How Far I’ll Go" dari Moana yang akan diiringi oleh alat muzik tradisional Sape.

Disney+ Hotstar akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun, dengan membawa lebih daripada 800 filem dan 18,000 episod, termasuk filem dan siri Marvel, kegemaran Disney, Disney+ Originals dan filem dan siri popular drama Malaysia dan Asia. Langgan terus di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS dengan harga RM54.90 selama tiga bulan. Pakej khas disediakan dengan Astro untuk pelanggan Astro Movies Pack.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM