RAPPER MK K-CLIQUE DILANTIK DUTA JENAMA PUBG MOBILE MALAYSIA

MK K-Clique (Photo by JD Sports)

Rapper popular Malaysia MK (Muhammad Hairi Amin Hamdan) telah diumumkan sebagai Duta Jenama untuk PUBG MOBILE di Malaysia.

MK, yang berasal dari Sabah, menjadi terkenal sebagai bagian dari anggota grup rap K-Clique. Dalam peranannya sebagai Duta Jenama PUBG MOBILE, MK akan bekerjasama dengan Warner Music Malaysia, dan PUBG MOBILE menghasilkan dua lagu baru, yang akan dijadikan lagu tema untuk pertandingan gaming profesional PUBG MOBILE pada akhir tahun ini.

Dua lagu baru ini akan menggandingkan gaya rap MK, dengan permainan gaming bergaya battle-royale yang memacu adrenalin dari PUBG MOBILE. Lagu-lagu tersebut dijangka akan menjadi kegemaran para peminat PUBG MOBILE dan MK apabila dilancarkan kelak.




Selain daripada memperkenalkan musik MK kepada para pemain PUBG MOBILE Malaysia, penggemar MK juga akan memiliki alasan baru untuk mencuba permainan ini (jika mereka belum melakukannya), kerana PUBG MOBILE juga akan meluncurkan sejumlah in-game item bersama MK. Kolaborasi ini akan menampilkan permanent outfit, karakter, voice pack, muzik di lobi game, dan masih banyak lagi.

Ini bukan pertama kalinya PUBG MOBILE berkolaborasi dengan artis muzik ternama. Baru-baru ini mereka mengumumkan kerjasama dengan artis antarabangsa Rich Brian, yang menyumbangkan beberapa buah lagunya ke dalam permainan. PUBG MOBILE sebelumnya juga pernah berkerjasama dengan kumpulan K-POP ikonik Blackpink. 

Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 BAWA KEMERIAHAN BUDAYA MALAYSIA KE PENTAS PERMOTORAN DUNIA

AEON MALL RAIKAN KEMERIAHAN PESTA KUIH BULAN 2026 MENERUSI KEMPEN “CHERISH REUNIONS”

JYNNS BUKA FLAGSHIP STORE DI PAVILION KUALA LUMPUR, PERKENAL SEMBURAN MULUT PROPOLIS MADU TRIGONA