SEDA BAWA KERIANGAN RAYA KEPADA PENGHUNI RUMAH BAKTI AL-KAUSAR

30 anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar tersenyum lebar Bersama pembelian mereka di Jakel Mall, Kuala Lumpur

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia membeli-belah bersama Anak-anak Bakti Rumah Al-Kausar di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pada hari ini sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Program “Shopping Raya” Anak-anak Bakti Al-Kausar itu merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh SEDA Malaysia yang dipanggil Tautan Kasih Ramadan SEDA Malaysia.

Program itu telah dihadiri oleh 30 orang anak-anak dari rumah anak yatim dan miskin yang terletak di Bandar Baru Bangi dimana mereka dapat memilih dua set baju raya sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) SEDA Malaysia Dato’ Hamzah Bin Hussin Bersama isterinya Datin Rozita Aminuddin membantu salah seorang dari anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar memilih kain samping untuk dipakai bersama baju Melayu yang telah dipilih.

Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) SEDA Malaysia Dato’ Hamzah Bin Hussin menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dan keseronokan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi mereka yang kurang bernasib baik, disamping menghidupkan semangat bersedekah di bulan Ramadan.

“Kami sangat berbesar hati dapat menganjurkan program CSR yang dapat memberi manfaat secara terus kepada penerima seperti program “Shopping Raya” pada hari ini. Kami akan terus menganjurkan program-program CSR yang dapat membantu pelbagai pelosok komuniti pada masa akan datang,” ujar Dato’ Hamzah lagi.

Keseronokan menyambut Hari Raya Aidilfitri dapat dirasakan oleh anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar semasa memilih baju raya mereka dengan bantuan Kakitangan SEDA

Pengurus Rumah Bakti Al-Kausar, Haji Airol Faraqee Abu Bakar melahirkan rasa syukur di atas peluang yang diberikan oleh SEDA Malaysia kepada rumah tersebut. Sumbangan yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat membantu berkongsi keriangan kepada penghuni Rumah Bakti Al-Kausar pada Hari Raya ini.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.