Meskipun ada antara kita yang berjauhan, insan-insan yang kita sayangi pastinya masih dekat di hati – Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) pada tahun ini berhasrat untuk menyemai mesej kekitaan dan kepulangan menerusi sambutan ‘Ikatan Mesra Raya’ di seluruh rangkaian pusat beli-belahnya.
Mulai hari ini sehingga akhir Mei, setiap pusat beli-belah Sunway Malls akan dihiasi bagi melambangkan medium pengangkutan atau tema perkampungan bagi menghidupkan suasana balik kampung buat mereka yang tidak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman pada tahun ini.
Para pengunjung di Sunway Pyramid bakal menyaksikan replika R&R seperti yang terdapat di persimpangan lebuh raya Malaysia; merasai suasana kampung tradisional di Sunway Carnival Mall di Pulau Pinang di mana kenderaan dari luar negeri telah pulang sempena musim lebaran; atau mengunjungi Sunway Big Box & Sunway Citrine Hub di Johor untuk menyaksikan suasana kota-kota lama yang menampilkan sebuah teksi klasik.
Pengujung juga dapat menggamit kenangan mereka menaiki kereta api di Stesen Kereta Api yang didirikan di Sunway Putra Mall, lengkap dengan menara jam klasik; mengunjungi Rumah Raya tradisional di Sunway Giza; atau mengambil peluang untuk mengamati musim lebaran di jeti dan kampung nelayan di Sunway Velocity Mall.
HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks menyatakan, “Tahun lalu telah menunjukkan betapa pentingnya ukhwah antara rakan taulan dan sanak saudara, dan ia telah mengubah cara kita menyambut perayaan masing-masing. Sunway Malls ingin mengalu-alukan anda semua untuk meraikan Hari Raya yang penuh makna ini dengan mengingatkan kita bahawa walau di mana jua kita berada, insan yang kita sayangi akan tetap berada di hati kita. Daripada kami semua di Sunway Malls, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.”
Untuk meraikan pelancaran rasmi kempen ‘Ikatan Mesra Raya’, setiap pusat beli-belah Sunway telah menghoskan siaran langsung acara tersebut kepada umum melalui laman Facebook masing-masing pada April 21, jam 1 petang.
Atas semangat keihsanan musim perayaan ini, Sunway Malls juga telah berganding bahu dengan Woman Up oleh Kloth Cares untuk membantu keluarga yang memerlukan pada Hari Raya ini. Setiap pusat beli-belah Sunway akan mengumpul sumbangan untuk membeli Upcycled Raya Pouch atau menebusnya dengan perbelanjaan minimum. Setiap pusat beli-belah mempunyai senarai benefisiari masing-masing dan semua sumbangan akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Ia sejajar dengan komitmen Sunway Group untuk mengambil langkah proaktif sebagai sokongan ke atas Matlamat Pembangunan Lestari PBB dalam merapatkan jurang kemiskinan dan ketidaksamarataan, menamatkan krisis kebuluran, dan menggalakkan keupayaan pembuatan yang bersifat lestari. Bersama Sunway Group, Sunway Malls menyebarkan sinar Hari Raya kepada 141 kanak-kanak kurang bernasib baik dari empat rumah anak yatim di Selangor dengan menghadiahkan mereka baucar untuk membeli baju raya baharu sempena musim lebaran ini.
Pusat Beli-Belah
|
Tatacara Pemerolehan Upcycled Raya Pouch oleh Sunway Malls
|
Sunway Pyramid
|
Pembeli-belah boleh
menyumbang RM10 untuk pembelian Upcycled Raya Pouch – sumbangan tersebut akan
disalurkan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan Subang yang ditentukan
oleh Pejabat ADUN Subang Jaya.
|
Sunway Velocity
|
Belanjakan RM400
(RM300 bagi Pemegang Kad Kredit HSBC) dalam maksimum 2 resit untuk menebus
|
Sunway Putra
|
Sumbang minimum
RM15 dari 16 April hingga 7 Mei melalui Sunway Pay atau di Concierge Counter (Ground
Floor). Sumbangan akan disalurkan kepada inisiatif mencantikkan rumah, Keceriaan
Bersama untuk membantu mengukir senyuman bagi para individu yang terkesan
dengan wabak semasa
|
Sunway Carnival
|
Sumbang minimum
RM10, sumbangan tersebut akan disalurkan kepada Komuniti B40 di Seberang Jaya
menerusi usaha sama dengan YB. Phee Boon Poh, EXCO Alam Sekitar dan Kebajikan
Negeri Pulau Pinang
|
Sunway Big Box
|
Belanjakan RM200
dalam 2 resit untuk menebus Upcycled Raya Pouch
|
Sunway Pyramid
Di R&R yang menghiasi Sunway Pyramid, para pembeli-belah dipelawa untuk mendapatkan barangan keperluan Hari Raya masing-masing, serta mengambil peluang untuk memenangi Proton X70. Pembeli-belah hanya perlu membelanjakan minimum RM100 dalam satu resit di kedai-kedai peruncit yang terlibat, dan menghantar resit tersebut melalui aplikasi mudah alih Sunway Pyramid untuk mengambil bahagian. Baucar F&B, pek dan hadiah perayaan juga boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum RM250 sepanjang kempen tersebut, yang akan berlangsung sehingga 30 Mei.
Hadir tepat pada masanya untuk Hari Raya ini, Sunway Pyramid juga memperkenalkan kaedah baharu untuk pengguna membeli-belah menerusi Hands-Free Shopping Service, yang membolehkan pengguna meminta barangan yang dibeli untuk disimpan seketika sementara mereka terus meluangkan masa di pusat beli-belah berkenaan.
Sunway Velocity Mall
Mempamerkan jeti di samping berbilangan bot di atrium utama, Sunway Velocity mengalu-alukan pembeli-belah untuk mengamati suasana balik kampung di kampung nelayan. Dari 16 April hingga 16 Mei, pembeli-belah dapat menikmati suasana Hari Raya, dan membeli snek serta busana Hari Raya di pelbagai booth yang disediakan. Pembeli-belah juga akan diberi ganjaran atas perbelanjaan mereka dengan aneka hadiah dan baucar yang boleh ditebus sepanjang kempen tersebut.
Sunway Velocity juga akan mengunjurkan bantuan kepada warga komuniti dengan bekerjasama dengan Quaker untuk menghadiahkan penunggang khidmat penghantaran makanan dengan pelbagai jenis biskut dan bubur lambuk.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman
Facebook atau
laman web Sunway Velocity Mall.
Sunway Putra Mall
Sunway Putra Mall bakal membawa pembeli-belah menyusuri era yang lalu di dataran utamanya yang diubah suai dengan tema Keretapi Tanah Melayu. Ia menampilkan stesen kereta api berserta dengan sebuah kereta api bersaiz sebenar dan menara jam setinggi 30 kaki, dataran tersebut juga dihiasi dengan pokok sawit, kabel tiang lampu serta mentol lampu berwarna-warni untuk menggamit memori zaman dahulu.
Dari 16 April hingga 30 Mei, para pengunjung dapat membeli-belah dengan sepuas-puas hati di pameran pereka dan kosmetik yang membariskan jenama-jenama tempatan, di samping bazar perayaan dan segmen barangan keperluan kediaman, termasuk sajian persembahan muzikal pada hujung minggu dan cuti umum. Pembeli-belah juga boleh menebus Peket Raya ‘All Season’ yang serba eksklusif, beg Jute khas dan bagasi vintaj dengan berbelanja di pusat beli-belah berkenaan.
Sunway Carnival Mall
Dari 6 April hingga 23 Mei 2021, Sunway Carnival Mall akan menghoskan sambutan Hari Raya dengan latar suasana kampung untuk menggamit kenangan silam. Pembeli-belah akan disajikan dengan tarian Melayu tradisional, muzik angklung dan gamelan, berserta dengan pelbagai barangan keperluan Hari Raya yang disediakan di booth FAMA di Upper Ground Floor.
Sepanjang kempen tersebut, pembeli-belah hanya perlu membelanjakan RM350 (RM250 dengan kad kredit HSBC) dalam dua resit untuk menebus pewangi Elianto dari 16 April hingga 2 Mei, serta balang kaca eksklusif mulai 3 Mei. Di samping itu, pembeli-belah juga dapat menebus Peket Raya ‘All Season’ dengan membelanjakan RM150 (RM100 dengan kad kredit HSBC) dalam dua resit dari 16 April hingga 23 Mei.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman
Facebook atau
laman web Sunway Carnival Mall.
Sunway Giza Mall
Centre Boulevard di Sunway Giza akan dihiasi dengan Rumah Raya dari 13 April hingga 26 Mei, yang juga akan menghoskan bazar hujung minggu pada setiap hari Jumaat hingga Ahad untuk membolehkan pembeli-belah mendapatkan barangan keperluan Hari Raya masing-masing.
Sunway Giza juga akan menghoskan Peraduan ‘Spend & Win’ dari 16 April hingga 16 Mei, dan pembeli-belah boleh mengambil bahagian dengan membelanjakan minimum RM50 dalam satu resit di bazar tersebut untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai RM3000. Pembeli-belah juga berpeluang untuk membawa pulang baucar Village Grocer hanya dengan mengambil gambar di Rumah Raya dan memuat naik gambar tersebut ke media sosial.
Sunway Big Box & Sunway Citrine Hub
Mempamerkan suasana kota zaman dahulu, Sunway Big Box & Sunway Citrine Hub mengalu-alukan ketibaan bulan Ramadan dengan menara jam klasik, bangunan lot kedai lama dan perhentian bas dengan sebuah teksi klasik berwarna hitam. Pembeli-belah juga boleh menebus Peket Raya ‘All Season’ dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam dua resit; sebuah bekas kaca dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam dua resit; atau Upcycled Raya Pouch dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam dua resit.
Kempen di kedua-dua pusat beli-belah tersebut akan berlangsung dari 16 April hingga 30 Mei 2021, dan penebusan di Sunway Citrine Hub boleh dibuat pada 15 dan 16 Mei.
Comments
Post a Comment