SANDWIC AISKRIM WALL'S LEBIH COMEL DENGAN LINE FRIENDS


Keseronokan yang menyinari rangkaian Wall’s Sandwic Aiskrim diperhebatkan dengan pelancaran Edisi Istimewa LINE FRIENDS Wall’s Ice Cream Sandwich yang baharu. Manisan edisi istimewa ini pasti akan menggembirakan peminat LINE FRIENDS dan penggemar snek. Bersama barisan watak yang ceria dan bergaya, ia menggambarkan keseronokkan dan rasa santai ketika menikmati snek di mana-mana sahaja bersama rakan dan keluarga.


Dibawakan kepada penggemar snek dalam bungkusan comel, ia menampilkan watak LINE FRIENDS dengan latar belakang hijau yang terang dan memikat pandangan. Di dalamnya mengandungi gabungan sempurna aiskrim berperisa vanila dan coklat sebagai bahagian utama ais krim, diapit pula dengan dua kepingan biskut yang lembut.

Apa yang menarik lagi, keseronokan dan keterujaan dalam setiap bungkusan LINE FRIENDS Wall’s Ice Cream Sandwich diserikan dengan cetakan motif kecil yang menarik pada biskut yang merupakan watak ikonik LINE FRIENDS iaitu BROWN, CONY, SALLY dan CHOCO.


Meraikan projek istimewa antara dua jenama ini, Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever Malaysia, berkata, “LINE FRIENDS Wall’s Ice Cream Sandwich yang baharu ini meraikan semua kegembiraan, dan kami amat teruja untuk memperkenalkannya di pasaran Malaysia. Dengan menggabungkan empat watak ikonik LINE FRIENDS yang bergaya bersama dengan rasa keriangan dan kegembiraan semasa menikmati sandwic ais krim yang lazat, kami berhasrat untuk membawa lebih banyak peluang dalam mencipta detik yang menyeronokkan serta boleh dinikmatinya bersama dengan rakan dan orang tersayang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.”


LINE FRIENDS Wall’s Ice Cream Sandwich kini boleh didapati di kedai runcit seluruh negara dengan harga jualan yang disyorkan sebanyak RM2.00. Sandwic Aiskrim ini juga boleh dibeli daripada Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai LINE FRIENDS Wall’s Ice Cream Sandwich, layari halaman Facebook rasmi Wall's Malaysia di https://www.facebook.com/wallsmalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!