CANON & KAKITANGAN SUMBANG BANTUAN MAKANAN


Kesan pandemik terhadap ekonomi telah menjejaskan punca pendapatan lebih ramai orang terutamanya golongan rentan yang sememangnya menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga. Untuk menghulurkan bantuan berbentuk makanan kepada rakyat Malaysia yang terjejas dengan keadaan semasa, Canon Marketing Malaysia (“Canon”) telah menggiatkan usahanya dengan menyalurkan sumbangan berjumlah RM48,000 yang dikumpulkan dari kakitangannya untuk membekalkan makanan asas kepada 500 isi rumah yang memerlukan di 6 buah negeri.

Inisiatif ini merupakan usaha sama antara kakitangan Canon dan beberapa organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) tempatan.1 Kutipan sumbangan dan pengumpulan makanan telah dibuat oleh Canon dan kakitangannya dari ibu pejabat dan 5 cawangan di seluruh negara. Melalui kerjasama dengan tujuh buah NGO, bungkusan makanan tersebut telah diedarkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di Selangor, Sabah, Sarawak, Pahang, Johor dan Pulau Pinang. Setakat semalam, semua keluarga tersebut telah menerima bungkusan makanan yang mengandungi beras, tepung, gula, minyak masak, bihun, susu sejat, garam, kopi dan teh, serta biskut dan telur.

“Menyumbang semula kepada masyarakat adalah asas kepada falsafah korporat kami iaitu Kyosei yang bermaksud hidup dan bekerjasama untuk manfaat yang dapat dinikmati bersama. Tahun ini sememangnya amat mencabar dan menyedihkan, namun saya terharu melihat kakitangan kami yang benar-benar menunjukkan semangat Kyosei dengan bersatu untuk membantu golongan yang memerlukan dalam masyarakat. Melalui inisiatif pengedaran makanan ini, kami berharap dapat meringankan beban untuk mereka yang amat memerlukan bantuan makanan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua NGO tempatan yang telah membantu dalam pengedaran bungkusan makanan tersebut,” kata Andrew Koh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden di Canon Marketing Malaysia.

Selain bantuan berbentuk makanan, baru-baru ini Canon juga telah menyumbangkan sebuah mesin penyalin pelbagai fungsi kepada Rumah Kebajikan Guru Shree Raghavendra di Kulaijaya, Johor supaya kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut boleh mendapatkan bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan. Dengan mesin penyalin pelbagai fungsi tersebut, kanak-kanak dapat membuat salinan buku teks dan nota latihan untuk membantu pembelajaran dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Canon di my.canon atau saluran media sosial rasminya di — Facebook dan Instagram.


Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?