SRI TERNAK LANCAR LAGU HARI MALAYSIA “TOGETHER WE STAND”

 

Sri Ternak Group dengan kerjasama Rocketfuel Entertainment mempersembahkan barisan artis popular seperti Syamel, Ernie Zakri, Ara Johari, Masya Masyitah, Abigail & Lil J dalam sebuah single bersempena sambutan Hari Malaysia berjudul Together We Stand yang dicipta khas oleh saudara Amy Bong & Zimi Sofazr. 

Pasangan yang sangat romantis iaitu Syamel & Ernie Zakri meluahkan keterujaan dapat kembali bekerjasama dalam lagu ini. “Lagu ini melahirkan rasa semangat perkauman yang sangat unik kerana dalam satu lagu kita boleh dapat dengar pelbagai bahasa dan bangsa bergabung dengan penuh keharmonian.” kata Ernie Zakri. 

Lagu ini juga mengetengahkan barisan artis muda turut menampilkan gadis dari utara iaitu Masya Masyitah di dalam projek ini “Saya amat gembira mampu menyerlahkan lagi kebolehan saya bertutur dalam bahasa Mandarin menerusi lagu ini. Lagu ini juga mempunyai melodi sangat rancak yang senang didengari dan mudah diingati.” 

Tidak lupa juga rapper muda dari Subang Jaya, Lil J mengakui projek kali ini ada kelainan tersendiri kerana untuk projek ini beliau kerana berpeluang untuk rap di dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. “Saya sangat teruja sepanjang proses pembikinan lagu dan video ini kerana dapat bekerjasama artis-artis terkenal tanah air dan rasa terharu kerana terpilih dalam menjayakan lagu ini .” 

Seorang lagi penyanyi baru yang membarisi projek ini ialah Abigail tidak melepaskan peluang menonjolkan bakat nyanyiannya. “Lagu ini mampu menanamkan lagi semangat keharmonian sesama rakyat yang berbilang bangsa dan agama”. 


Secara keseluruh kesemua artis yang menyanyikan lagu merdeka ini berpendapat, “Idea sebenar penciptaan lagu “Together We Stand” ini adalah untuk mengeratkan hubungan warga syarikat. Selain itu, ia sekali gus dapat merapatkan semua kaum di Malaysia, berdiri bersamasama, menyanyi lagu yang sama, ke arah yang sama. 

Menurut Lembaga Pengarah, Dato Raymond Ho, Datuk Rosyam Nor, Alan Ho and Williem Ho “Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, Kami dari Sri Ternak Group dan ST Rosyam Mart serta ST Rosyam Wholesale Express sangat teruja menlancarkan lagu “Together We Stand”. 

Lagu ‘Together We Stand” boleh ditonton secara eksklusif melalui saluran YouTube Channel ST Rosyam Mart.



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!