SWEEKI KIWI – BUAH YANG KECIL TETAPI PENUH NUTRISI


Buah kiwi boleh dinikmati sepanjang tahun dengan usaha Origine Group dan Khaishen Trading Sdn. Bhd. yang mengimport buah kiwi dari Chile di antara bulan Mei sehingga November dan dari Itali dari bulan Disember sehingga April.

Chile dan Itali merupakan kawasan yang ideal untuk menanam buah Sweeki Kiwi. Dengan adanya infrastruktur yang canggih serta para peladang yang berpengalaman, Sweeki Kiwi yang dihasilkan adalah berkualiti dan konsisten dalam proses penanaman, penuaian, pembungkusan dan penghantaran ke serata dunia. Origine Group adalah pengusaha kedua terbesar dalam penghasilan buah kiwi, dengan jumlah hasil melebihi 100,000 setiap tahun.

Sweeki Kiwi adalah kaya dengan vitamin C (sehingga 3 kali lebih tinggi berbanding dengan buah oren), serat, kalium, magnesium dan juga Vitamin E yang penting untuk menjaga kesihatan. Ia bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja malahan boleh digunakan untuk menyediakan pelbagai resepi yang enak.

“Penuh dengan khasiat semula jadi, Sweeki Kiwi mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding dengan strawberi, kandungan kalium yang lebih tinggi daripada pisang, kandungan serat yang lebih tinggi daripada buah pelam dan vitamin C lebih tinggi daripada buah-buahan citrus. Dengan jangkauan edaran kami yang luas, kami harap lebih ramai pengguna di Malaysia dapat menikmati manfaat dan keenakan buah Sweeki Kiwi,” kata Mr Jeffrey Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Khaishen Trading Sdn. Bhd.

Sweeki Kiwi boleh didapati di Lotuss (sebelum ini dikenali sebagai Tesco), AEON, TF Valu-Mart, Aeon Big, Zemart, Star Grocer, Whole Fruits dan Max Valu. Jangan ketinggalan untuk menyertai kempen promosi and peraduan #SwitchUpWithSweeki yang bakal bermula 3 Oktober sehingga 30 Oktober 2021 untuk memenangi hadiah wang tunai. Pelbagai hadiah akan diberikan secara percuma dengan pembelian Sweeki Kiwi di stor-stor yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut tentang Sweeki Kiwi, sila layari laman web rasmi di https://www.sweeki.co/en/ dan ikuti Sweeki Kiwi di Facebook dan Instagram.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI