PENGALAMAN UNIK “ARTS IN HARMONY” DI FAHRENHEIT88

 

Sempena Tahun Baharu Cina ini, Fahrenheit88 bakal membawakan pengalaman perayaan yang unik kepada para pengunjung dengan bertemakan Arts In Harmony dari sekarang sehingga 15 Februari 2022.

Berlatarbelakangkan Empat Seni masyarakat Cina kuno - qín (琴), qí (棋), shū (书), and huà (画), Fahrenheit88 memberikan sentuhan moden kepada aspirasi seni dalam kepakaran muzik, strategi, kaligrafi dan lukisan.


Saksikan hiasan-hiasan Tahun Baharu Cina yang mempesonakan di Atrium, Aras G – berswafotolah dengan guqin (alat muzik Cina bertali tujuh), bermain catur, mencuba seni kaligrafi Cina dan menyaksikan keindahan pamean lukisan yang disediakan eksklusif untuk semua.


Jika anda gemarkan kudap-kudapan, dapatkan pelbagai biskut, kek, snek dan sebagainya di sini. Anda juga boleh dapatkan kraftangan dan barangan butan tempatan yang lain di storpop-up Kome, Taste Of Asia dan Gelato Fruity.


Penggemar seni tidak harus melepaskan peluang untuk menyaksikan 60 buah seni kaligrafi oleh Tee Ying Jie, seorang pakar seni kaligrafi Cina yang penah memenangi anugerah, yang dipamerkan di Atrium, Aras G dari sekarang sehingga 15 Februari 2022.


Fashionistas, jom ke kedai baharu Swatch dan Bath & Body Works, dan temui pakaian dengan gaya terkini di Afternoon, Dudu Ann, Feith, Kronoz, Lovisa, Mirrorcle, Miira Mew dan barangan pre-loved, Vintageholic Collection by Bernard Chandran. Serlahkan kecantikan untuk Tahun Baharu Cina dengan jenama kosmetik dan produk penjagaan kulit di Sephora dan A-Saloon. Untuk majlis makan besar, anda boleh membuat pilihan antara Koryo-Won atau Grand Harbour Restaurant.


Kepada pengunjung Fahrenheit88, anda boleh menebus sebuah Blessing Fragrance Sachet dengan pembelian minimum RM188 dalam satu resit. Anda juga boleh mendapatkan peluang untuk mendapatkan pelbagai baucar membeli-belah dalam Lucky Angpow Dip dan parkir percuma untuk 2 jam dengan resit pembelian terkumpul yang berjumlah RM80 ke atas dari kedai-kedai khusus atau RM150 dan ke atas dari gedung Brands Outlet, Sephora dan Uniqlo.


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/Fahrenheit88/, https://www.instagram.com/fahrenheit88/ atau hubungi talian 03-2148 5488.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!