‘BLOOMS OF PROSPERITY’ DI PAVILION KUALA LUMPUR

 

Sempena Tahun Baharu Cina ini, Pavilion Kuala Lumpur menampilkan hiasan seni kraftangan kertas yang bertemakan ‘Blooms of Prosperity’. Hasil kerjasama dengan pakar seni kraftangan kertas tradisional Cina, Master Chen Xiao (陈晓), seorang artis origami yang pernah memenangi anugerah, Pavilion membawakan kehalusan dan keindahan kesenian kertas dalam sebuah taman, Pavilion Paper Art Garden yang terletak di ruang legar, Centre Court pusat membeli-belah yang berprestij ini. 


Dalam taman ini, kelihatan lima ekor harimau dengan elemen yang berbeza iaitu Logam, Kayu, Air, Api dan Tanah dalam suasana empat musim iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan juga musim sejuk.


Di Centre Court, Pavilion Paper Art Garden menampilkan elemen semula jadi dan empat musim, seperti bunga daffodil yang mekar di musim bunga bersama Harimau Biru; bunga peony di musim panas degan Harimau Merah; pokok-pokok maple berdaun kuning keemasan bersama Harimau Perak, dan bunga-bunga sakura dalam musim sejuk dengan Harimau Hitam. Di tengah-tengah taman terletaknya Gunung Emas yang didiami oleh Harimau Kuning. Pavilion Paper Art Garden dan Spanish Steps dihiasi indah dengan tanglung dan kuntuman bunga mekar menandakan ketibaan musim perayaan musim bunga.








Di Centre Court, pelbagai gerai-gerai pop-up telah disediakan sehingga 15 Februari, menjual pelbagai produk untuk sambutan Tahun Baharu Cina. Anda juga boleh berniat di Maybank’s Wishing Well.


Di pintu utama, saksikan instalasi seni Tiger dengan tema ‘Roar Together’ yang dihasilkan oleh tiga artis – artis sulaman Sheena Liam, artis instalasi Pamela Tan, dan artis mural Thomas Powell. Di Pavilion Crystal Fountain juga terdapat tanglung-tanglung digital yang mempamerkan ucapan-ucapan Tahun Baharu Cina yang dikatakan membawa tuah. Jangan lupa untuk saksikan persembahan animasi 3D di paparan LED gergasi Pavilion Elite.


Dior menjemput para pengunjung untuk ke stor pop-up DIOR di Aras 3. Dengan tema ‘The Enlightened Blooming Garden’, Dior menampilkan koleksi eksklusif Tahun Baharu Cina 2022.

Ganjaran hebat menantikan mereka yang berbelanja di Pavilion KL. Dengan pembelian minimum RM300 dalam satu resit dalam stor-stor terpilih, anda boleh menebus satu set sampul Ang Pow eksklusif Pavilion KL dengan percuma.

Pemegang kad Maybank boleh menebus Vatiri Cocotte Set dengan pembelian RM1,000 atau Tomei Year of Blissful Tiger Gold Foil Red Packet dengan pembelian RM1,500 dalam satu resit. Tambahan lagi, tiga pengnjung dengan perbelanjaan terbanyak akan menerima kerusi urut dari Ogawa atau Gintell apabila mereka menggunakan Kad Kredit atau Caj Maybank.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pavilion-kl.com atau ikuti Facebook, Instagram, atau hubungi Pavilion KL Concierge di talian 03 2118 8833.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!