DAPATKAN KEENAKAN & KHASIAT BLUEBERRIES SEPANJANG TAHUN

 

Anda tidak lagi perlu menunggu musim blueberries untuk menikmati buah biru yang penuh khasiat ini dengan adanya blueberries beku dan kering. Kempen baharu "The Blues That Make You Feel Good" yang dianjurkan oleh U.S. Highbush Blueberries Council menampilkan khasiat semula jadi dan keenakan blueberries, sepanjang tahun. 

Buah ini adalah kaya dengan sumber serat, vitamin C, vitamin K, dan manganese. Ia juga mengandungi sejenis flavonoid yang dinamakan anthocyanin, yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang boleh menguatkan sistem imunisasi badan.


Blueberries kering dari Amerika Syarikat mempunyai jangka hayat yang panjang, manakala blueberries beku boleh disimpan sehingga 10 bulan di dalam pembeku tanpa menjejaskan rasa dan khasiatnya. Blueberries kering mempunyai jumlah antioksidan yang sama dengan yang segar.


Enak dimakan ketika sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam, juga sebagai snek yang menyihatkan, buah biru ini mengandungi natrium yang rendah dan sifar lemak.

Retna Malar, wakil US Highbush Blueberry Council di Malaysia, berkata U.S. Highbush Blueberries mempunyai legasi yang melebihi 100 tahun lalu. "Amerika Syarikat adalah pengeluar blueberries yang terbesar di dunia kerana ia mempunyai iklim yang sesuai dan tanah yang subur untuk penanaman blueberries, dan kami merasa bangga kerana dapat berkongsi keenakan dan khasiat buah ini dengan seluruh dunia. Kami berhasrat untuk menggalakkan lebih ramai orang menjalani hidup yang lebih sihat dengan blueberries."

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.blueberrycouncil.org/ dan juga ikuti laman Facebook: U.S. Highbush Blueberries Malaysia or Instagram: [@] us.highbushblueberries.my.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM