'GRACIAS BARCELONA' GANDINGAN HEBAT KAMAL ADLI & FATHIA LATIF


Astro First terus melangkah tahun 2022 dengan deretan filem menarik dan pelbagai genre yang bakal menanti penonton serta penggemar filem Malaysia. Terbaru, filem pertama romantik drama yang akan dipersembahkan di platform Astro First bagi tahun ini, GRACIAS BARCELONA bakal menemui penonton bermula 13 Januari ini Di Pawagam Rumah Anda, saluran 480. 

Filem terbitan Azura Pictures ini mempertaruhkan gandingan Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 2015, Fathia Latiff bersama pelakon hebat, Kamal Adli. Ini merupakan kemunculan semula Fathia Latiff menerusi filem dan penampilan filem pertama Kamal Adli selepas berkahwin.

Gracias Barcelona menjalani sesi penggambaran di Barcelona, Sepanyol dan tentunya ia memaparkan sinematografi menarik buat tontonan. Antara lokasi popular yang menjadi latar seperti La Sagrada Familia, Stadium Camp Nou Football, Casa Batllo, Port Olympic Barcelona dan pantai Port Olimpic. Malah, ia dipadatkan lagi dengan jalan cerita yang diinspirasikan daripada pengalaman pelajar ketika berada di negara asing dan cabaran sekembali ke tanah air untuk memulakan perjalanan kehidupan baru.


Berbeza dengan kebiasaan filem romantik, Gracias Barcelona mengetengahkan kisah percintaan yang tragis apabila cinta dan kesetiaan dikhianati. Malah, ia turut menyelitkan nilai kesetiaan dan cabaran yang dihadapi bagi pasangan baru dalam menempa alam perkahwinan. Sementara itu, selain pelakon Fathia Latiff sebagai Fathia dan Kamal Adli sebagai Kamal, barisan pelakon lain yang turut menggerakkan jalan cerita ini adalah pelakon Afiq Muiz (sebagai orang ketiga), Bell Ngasri (rakan baik Kamal) dan Aleza Shadan (ibu Fathia).

Penerbit Filem Gracias Barcelona, Mimi Azura Ahmad Tajudin berkata, “Kami rasa amat teruja akhirnya filem ini akan menemui penonton tidak lama lagi di platform Astro First. Kami percaya genre romantik drama masih mempunyai kelompok peminat yang besar, dan memandangkan sejak tontonan secara normal baharu ini, genre sebegini jarang diketengahkan, jadi kami mendapat idea untuk merancakkan industri filem tempatan dengan kehadiran Gracias Barcelona. Menariknya, filem ini bukan sahaja mempertaruhkan drama dan konflik menyentuh perasaan, tetapi mempersembahkan sinematografi di Barcelona yang jarang dipersembahkan di dalam filem tempatan. Kami harap, filem ini mampu melakar permulaan yang baik buat filem tanah air tahun ini, di samping dapat menambat hati penonton dengan reaksi positif.”


Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad pula menyatakan, “Alhamdulillah, tahun lalu platform Astro First berjaya menampilkan pelbagai genre serta jalan cerita segar buat penonton dan lebih menggembirakan ia mendapat sambutan baik. Pihak kami tentunya memperkukuhkan lagi konten melalui rantaian filem-filem hebat yang menghiburkan bagi tahun ini. Sebagai permulaan, kami persembahkan sebuah filem romantik Gracias Barcelona di Astro First. Penonton bukan saja dihiburkan dengan jalan cerita yang menarik tetapi seperti dibawa melancong dengan menyaksikan pemandangan memukau di Sepanyol. Nantikan deretan filem-filem terbaik menerusi platform ini istimewa buat penonton.”

Filem ini turut diiringi dengan lagu tema utama bertajuk ‘Gracias Barcelona’, nyanyian Nadia Hasnan, lirik oleh Leaism dan komposer oleh El Moe Hussaini. Mengikut tema filem, lagu ini turut digubah mengikut rentak Spanish, Flamenco dan Latin.

Gracias Barcelona mengisahkan tentang Kamal dan Fatiha mula jatuh cinta sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan mereka di uji apabila pulang ke Malaysia . Dalam usia yang masih muda dan cabaran kehidupan, mereka tewas dengan ujian alam perkahwinan. Siapa yang melukakan dan terluka?


Saksikan filem romantik drama, Gracias Barcelona yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Januari 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA