KEMERIAHAN 'OPERA OPULENCE' DI INTERMARK MALL
Diinspirasi oleh kehebatan dan warisan Opera Cina, Intermark Mall menjemput semua pengunjung untuk mengenali lebih dekat kebudayaan Cina di musim perayan ini dengan ‘Opera Opulence’ yang sedang dilangsungkan sehingga 16 Februari!
Dengan kerjasama pereka fesyen ternama Carven Ong, Intermark Mall mempersembahkan koleksi fesyen ‘Opera Meets Fashion’ yang direka secara eksklusif dan dipamerkan di ruang legar, Atrium.
Sebuah pameran ‘Opera Opulence Gallery’ juga sedang berlangsung yang menampilkan koleksi peribadi pakaian opera Cina. Pameran yang unik ini memberi tumpuan kepada kekayann budaya dalam opera Cina dan peluang yang jarang didapati untuk melihat dengan lebih dekat kehalusan seni rekaan, simbol-simbol yang bermakna, dan warna-warna yang memainkan peranan dalam menyerlahkan watak-watak di pentas.
Para pengunjung ke Intermark Mall boleh menyaksikan tarian singa dan penampilan Dewa Kekayaan, persembahan gendang dan tarian oleh Taylor’s International School Kuala Lumpur pada masa yang telah ditetapkan. Lakukan persiapan Tahun Baharu Cina dengan mendapatkan busana yang anggun di stor pop-up Carven Ong Couture, Aras G. Dapatkan hiasan Tahun Baharu Cina di storpp-up artisan Living Circles Concept, Aras G. Stor pop-up Jaya Grocer di aras Concourse menjual pelbagai jenis snek, minuman, perhiasan, hamper perayaan sehingga 13 Februari ini.
Orang ramai yang berbelanja di Intermark Mall akan menerima ganjarannya – dengam pembelian RM100 dan ke atas, anda boleh menebus satu set sampul Angpow Intermark Mall yang eksklusif dan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah dengan memutarkan ‘Wheel of Prosperity. Mereka yang berbelanja RM388 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus satu set sampul Angpow Intermark Mall yang eksklusif dan Beg Jut Couture Oriental Carven Ong. Dengan pembelian RM188, dapatkan sebuah Teko Oriental Silk Road pada harga istimewa RM88 di Living Circles Concept, Concourse.
Untuk maklumat lanjut, sila layari intermark-mall.com, Facebook, Instagram, atau hubungi Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di talian 03 2166 8170.
Comments
Post a Comment