AEON LANCAR KOLEKSI EKSKLUSIF TAHUN BAHARU CINA #MELROARS

 

Melangkah menuju era endemik COVID-19 dengan penuh semangat, AEON CO. (M) BHD. (AEON) mengumumkan kolaborasi eksklusif dengan salah seorang pereka fesyen tanah air yang tersohor, Melinda Looi. Sambutan Tahun Baharu Lunar tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan koleksi #MelRoars, yang akan membuatkan pelanggan terpanggil untuk merasai pengalaman gabungan warisan dan fesyen yang terbaik sambil mencipta kenangan bersama.


Koleksi #MelRoars ialah koleksi sedia dipakai yang diilhamkan melalui gaya dan penghormatan Tahun Harimau dengan tiga jenis corak inspirasi “Panthera tigris” yang digabungkan dengan pengaruh Peranakan: jalur inspirasi batik eksentrik, corak geometri jubin Peranakan yang terserlah dan penjajaran corak bunga klasik yang halus dengan ekspresi harimau yang tersembunyi.

"Menyedari bahawa ini akan menjadi sambutan Tahun Baharu Lunar yang tidak dapat dilupakan dalam era COVID-19, kami telah merancang untuk #MelRoars dipadankan dengan sambutan musim terbaik AEON. Peluang bekerjasama dengan Melinda Looi bukanlah satu kebetulan. Beliau juga menerajui Persatuan Pereka Rasmi Malaysia (Malaysian Official Designers Associations) atau MODA sebagai Presidennya. Didokumentasikan dengan baik untuk reka bentuk avant-garde dan gaya retronya, #MelRoars memberikan musim perayaan ini satu sentuhan warisan yang tersendiri, juga menggambarkan kebanggaan kami dengan warisan Malaysia," kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, AEON.

Acara pertunjukan fesyen koleksi #MelRoars tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON bersama rakan media dan para pempengaruh, Sandy Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, Optimax Specialist Centre dan Yan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif, Ioli Communications Sdn Bhd.

Di majlis itu juga diadakan demonstrasi cara solekan untuk memberikan idea dalam meraikan musim ini oleh Shiseido.












Koleksi #MelRoars boleh didapati di sebelas (11) cawangan AEON di seluruh Malaysia di Taman Maluri, Bandar Utama, Mid Valley, Bandar Puchong, Metro Prima, Seremban 2, Tebrau City, Cheras Selatan, Queensbay, Bukit Tinggi, dan Bandaraya Melaka, serta dalam talian di AEON Lifestyle.


Comments

Popular posts from this blog

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SCENTS OF MALAYSIA 2024 BAKAL MENGHARUMKAN INDUSTRI WANGIAN TEMPATAN

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA