MRA BAWAKAN INISIATIF AMAL "BUNDLE OF JOY & HAPPINESS"


Baru-baru ini Malaysia berhadapan dengan bencana banjir paling buruk dan ianya memberi impak kepada sebahagian rakyat Malaysia. Kini Malaysian Relief Agency (MRA) telah memasuki fasa pemulihan banjir dan pelbagai inisiatif telah diambil bagi membantu mereka yang terjejas seperti gerakan klinik, aktiviti pembersihan, baikpulih kerosakan kediaman/rumah, agihan bantuan pek makanan dan bantuan keperluan asas seperti peralatan eletrik dan pek kebersihan.

MRA melihat adanya sambutan yang positif daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam bantuan kemanusiaan ini dan ianya menimbulkan rasa bangga kerana kita memiliki jiran tetangga, rakan serta rakyat Malaysia yang bersikap prihatin.


Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal dirai pada bulan Februari 2022 ini, MRA telah mengambil peluang untuk menyambut Tahun Harimau ini bersama-sama penduduk berbangsa Cina yang turut terjejas disebabkan banjir di kawasan Telok Gong, Klang di mana hampir 2000 penduduk yang terkesan dan telah dipindahkan ke pusat sementara sebelum ini. MRA juga telah bekerjasama dengan Yayasan CIMB dan Celcom Axiata bagi menjayakan program ini yang melibatkan bantuan pek makanan dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan.


Pada kali ini MRA membawa tema “Bundle of Joy and Happiness”, bersempena dengan Tahun Baru Cina 2022 di mana kami di pihak MRA berharap sifat prihatin akan terus wujud dalam diri semua rakyat Malaysia dan dapat terus memberi kebaikan antara satu sama lain. Setiap bantuan yang anda berikan dapat mengubah nasib mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan wang tunai RM 200.00 ke atas layak mendapat pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun seperti yang tertera di bawah :

Tabung Bantuan Kecemasan Mengharungi Monsun
CIMB Bank: Malaysian Relief Agency Foundation
No Akaun : 86000 59478
Rujukan : Banjir


Untuk maklumat lanjut mengenai program Malaysia Relief Agency, hubungi 013-9174 4672 atau layari laman web rasmi Malaysian Relief Agency di www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui semua laman sosial media MRA di Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan TikTok.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA