SAINGAN KOMPETITIF ‘BBNU’ SERUMPUN DI PENTAS ‘BIG STAGE 2022’

 

Program realiti ‘Big Stage’ ialah sebuah pertandingan nyanyian menampilkan bakat muda generasi ‘Budak Baru Nak Up’ atau lebih dikenali sebagai ‘BBNU’ yang semakin menguasai industri seni hiburan sehingga mampu meraih populariti luar biasa di ruang digital khususnya menerusi platform media sosial.

Kembali membuka ruang penyertaan kepada pesaing dari dalam dan luar negara untuk penganjuran edisi keempat, ‘Big Stage 2022’ bakal menyaksikan persaingan kompetitif di antara 11 bintang utama yang mewakili tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia selama lapan minggu.

Seramai sembilan BBNU dari Malaysia telah terpilih untuk beraksi di pentas ‘Big Stage 2022’. Manakala dua bintang lain yang turut tersenarai adalah peserta dari Brunei dan Indonesia.

Lima bintang wanita yang akan berentap untuk musim ini ialah Aisha Retno, Elica Paujin, Lia Aziz, Yazmin Aziz dan Sofiaa Marieylla. Manakala enam bintang lelaki pula adalah terdiri daripada Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).










Penerbitan ‘Big Stage 2022’ turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.


Setelah semusim berehat daripada tugas penjurian, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kembali menyertai barisan panel juri bersama komposer terkenal, Ajai yang kembali menerima mandat sebagai juri tetap buat kali kedua untuk musim ini.

Selebriti versatil popular, Alif Satar dan Sherry Al Hadad masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan pentas utama selaku ‘Hos’. Pengacara Gempak TV; Isha Norsham dilantik sebagai ‘Hos’ untuk program kapsul ‘Studio Big Stage’. Manakala personaliti ERA; Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai ‘Hos’ untuk program ‘Big Stage Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.


‘Big Stage 2022’ juga masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan panel juri dan undian peminat secara online.

Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh panel juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.

Bagi menyuntik pembaharuan segar agar lebih telus, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

Sebelum ini, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).


Juara ‘Big Stage 2022’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Rangkaian program ‘Big Stage 2022’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perkembangan para bintang ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan kapsul harian ‘Studio Big Stage’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang bermula 31 Januari 2022. Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Studio Big Stage’ pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam bermula 5 Februari 2022.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.