SELEBRITI BERADU KEPAKARAN MEMASAK DALAM “GADIS MANIS”


13 orang selebriti Malaysia ini bukan sahaja lahir dengan pakej cantik semata namun sebaliknya mereka berkebolehan dalam menghidangkan menu-menu lazat yang mahu dikongsikan dengan semua peminat.

Lalu menerusi platform program realiti masakan terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Gadis Manis”, sedang bersiaran setiap Jumaat, pukul 11.00 pagi di TV Okey, aksi dan kepakaran mereka masuk dapur dapat dinilai penonton dan juga chef Fazley di studio.

Dalam setiap episod program yang menggandingkan di antara selebriti dan peminatnya ini, mereka diberikan tugasan menyediakan dua menu iaitu manisan tempatan dan antarabangsa dalam masa yang ditetapkan.

Nantikan kemunculan Zara Zya, Ruhainies, Nabila Asyiqin, Marsha Milan, Farah&Satria, Hana Ismail, Ezzaty Abdullah, Arianna Natasha, Nadiya Nisaa, Aishah Azman, Lia Natalia, Fify Azmi, dan Afifah Nasir. Namun lebih menarik selebriti pilihan setiap minggu bakal beradu kepakaran memasak dengan peminat yang diundang ke studio.

Antara menu yang disediakan untuk dinilai markahnya iaitu cheesekut kopi dan kek kopi, puding mentega roti, chocolate truffles dan bom alaska, kek pan coklat dan bebola ubi kayu, puding krim kelapa dan marshmallow coklat bar dan ile flottante.

Turut dipertandingkan menu burnt cheese cake dan biskut krim keju, biskut red velvet badam dan kek badam, puding karamel dan brownies, fried honey banana dan honey baked cheesecake, blueberry yogurt cake dan strawberry yogurt pie, white chocolate chewy brownies dan white chocolate muffin juga biskut lemon bersama jem buah naga dan kek keju bersama hirisan lemon blueberry.


Siapakah lagi hebat antara artis atau selebriti bila di dapur? Nantikan jawapannya di TV Okey. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI