PELAYARAN PERSIARAN STAR PISCES KINI BELAYAR DARI PULAU PINANG

 

Genting Cruise Lines mencapai kejayaan terbaru pada 22 Disember lalu dengan Star Cruises sempena permulaan pelayaran pertama Star Pisces dari Pulau Pinang, di mana industri pelayaran pesiaran tempatan telah tergendala akibat pandemik COVID-19 sejak akhir tahun 2019, menandakan permulaan pemulihan industri pelayaran pesiaran dan pelancongan domestik dan serantau.

Sebagai pelayaran pertama yang beroperasi di bawah norma baharu di Malaysia, Star Cruises telah memperkenalkan dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang dipertingkatkan untuk melindungi para penumpang dan anak-anak kapal, serta memberi pengalaman percutian kruis tanpa kebimbangan. Star Pisces juga akan beroperasi dengan had penumpang sebanyak 50% dan setiap penumpang dan anak kapal hendaklah di sahkan mendapat vaksinasi penuh untuk COVID-19.

Sebuah keluarga teruja dan bersedia untuk memulakan pelayaran pertama dengan Star Pisces dari Pulau Pinang pada 22 Disember 2021

“Pelayaran Star Pisces yang pertama pada hari ini dari Pulau Pinang memang satu detik permulaan yang mengujakan dan positif untuk industri pelancongan yang dapat memberi lebih pilihan percutian yang menarik kepada rakyat Malaysia seperti pelayaran 1-Malam ke Selat Melaka dan 2-Malam ke Pulau Langkawi. Kami sememangnya terus bergiat untuk mendidik dan memberi infomasi yang tepat dan terkini kepada orang ramai untuk memberi kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang dipertingkatkan untuk mejadikan percutian kruis salah satu percutian yang paling selamat,” kata Puan Cynthia Lee, Timbalan Presiden Jualan, Genting Cruise Lines. “Dengan pakej percutian kami yang berpatutan harga, pakej pelayaran 2-Malam ke Pulau Langkawi yang akan berlepas pada 26 dan 28 Disember 2021 telah hampir habis dijual berdasarkan had kapasiti yang dibenarkan. Kami optimis bahawa momentum permintaan untuk Star Pisces akan terus kukuh pada tahun 2022,” tambah Puan Cynthia Lee.

Genting Cruise Lines merupakan perintis dalam menawarkan pelayaran pesiaran selamat di rantau ini sejak permulaan pandemik global dan bertujuan untuk terus mengembangkan operasinya di rantau ini, termasuk di Malaysia bagi membangunkan sektor pelayaran pesiaran dan pelancongan. Genting Cruise Lines berharap dapat terus berkerjasama, serta mendapat sokongan kerajaan dan pihak berkuasa di Malaysia dan serantau, untuk berusaha ke arah mewujudkan ‘Harmonize Cruise Standard’ bagi membuka pelayaran antarabangsa secara terkawal dan selamat merentasi negara-negara yang terbabit seperti mewujudkan Lorong Perjalanan Bervaksinasi (VTL) untuk penumpang pelayaran.

Pelbagai bilik kabin tersedia ada, termasuk harga yang berpatutan dan yang mewah

Dengan inisiatif ini, Genting Cruise Lines berharap dapat terus membangunkan industri kruis dan pelancongan Malaysia dengan membawa penumpang-penumpang dari luar negeri melalui kapal-kapalnya yang kini berlabuh di rantau ini. Seterusnya, Genting Cruise Lines juga berharap dapat menawarkan kruis selamat ke lebih banyak destinasi tempatan di Malaysia dan antarabangsa seperti ke Phuket dan Medan pada masa hadapan.

Untuk keterangan lanjut atau tempahan pelayaran pesiaran Star Pisces, sila layari laman web www.starcruises.com atau hubungi agen-agen pelancongan anda.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING