TAWARAN HEBAT UNTUK TAHUN BAHARU CINA DI FOODPANDA


Tahun Baru Cina kali ini, foodpanda Malaysia membawakan kegembiraan, kesejahteraan dan tuah ke rumah anda dengan pelbagai hidangan Tahun Baru Cina, promosi istimewa, diskaun dan pelbagai tawaran.

Bercakap tentang insiatif Tahun Baru Cina daripada foodpanda tahun ini, Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda berkata, “Sama ada anda mencari hidangan yang sesuai untuk seisi keluarga atau ingin membeli beberapa barangan keperluan, foodpanda amat berbesar hati menghantar kegembiraan melalui barangan serta promosi perayaan Tahun Baru Cina yang eksklusif.”

“Melalui usaha yang dilakukan, kami komited untuk menyatukan rakyat Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan mereka pada masa ini, disamping mereka meraikan perayaan ini dengan sebaik mungkin sambil mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Perayaan istimewa ini kebiasaannya diraikan bersama orang tersayang dan kami sentiasa berusaha menjadikannya acara yang cukup bermakna,” tambah Sayantan.

Beberapa barangan eksklusif Tahun Baru Cina yang boleh didapati di pandamart termasuk pandamart CNY Crab Stick Crisp, pandamart CNY Nga Ku Crisp, kad poker pandamart, buah limau Wo Kan, pek Lokam, set segar Yee Sang, jus oren Sunquick dan banyak lagi. pandamart juga menawarkan barangan yang menarik sekiranya anda memerlukan beberapa pilihan pemberian hadiah. Jangan lupa untuk melihat pelbagai pek hadiah termasuk epal dan tart serta set sayur steamboat - semua yang anda perlukan untuk sambutan makan malam Tahun Baru Cina bersama-sama dan banyak lagi.

Selain itu, para pengguna juga boleh membeli Salmon HUAT Yee Sang yang diperbuat daripada sashimi salmon segar daripada Norway, oren mandarin, chuka wakame, manga, kacang yang dihancurkan, bijan, keropok, sayur-sayuran cincang dan sos plum buatan sendiri. Atau HG Yee Sang tanpa daging yang mengandungi kepingan Harvest Gourmet Chargrill, oren mandarin, chuka wakame, turnip, manga, kacang yang dihancurkan, bijan, keropok, sayuran cincang dan sos plum buatan sendiri. Kedua-duanya boleh didapati hari ini dari Salad Atelier di foodpanda.

Dan kami mempunyai lebih banyak pilihan lagi! Terdapat juga pelbagai jenis Yee Sang yang boleh didapati dari Sushi King, manakala Tambahlah! akan menawarkan pelbagai sajian untuk dinikmati oleh para pengguna dalam tempoh masa yang terhad sahaja – Golden Salted Egg Chicken with Rice, Golden Salted Egg Fish with Rice, Lucky Kam Heong Chicken with Rice, Lucky Kam Heong Fish with Rice, Prosperous Black Pepper Chicken with Rice and Prosperous Black Pepper Fish with Rice.

Jika anda ingin mencuba sesuatu yang berbeza, dapatkan Pizza Sweet and Sour daripada Pizza Hut atau minuman Blossom daripada Starbucks. Selain itu, para pengguna juga boleh mendapatkan tawaran Tahun Baru Cina berikut dari panda Pau-Pau untuk sambutan tahun yang penuh kemeriahan:

Penghantaran makanan

● Nikmati penjimatan hebat dan makan sepuas-puasnya dengan potongan sebanyak 35% (diskaun maksimum RM8) dengan nilai pesanan minimum RM23 apabila anda menggunakan kod promo EXTRAONG.*

Pick-Up

● Dapatkan tawaran hebat dengan ciri Pick-Up. Gunakan kod promo TAPAUEXTRA untuk mendapat potongan 30% (diskaun maksimum RM7) dengan nilai pesanan minimum RM20.*


● Mencari barangan keperluan Tahun Baru Cina di saat akhir? Dapatkan potongan 35% (diskaun maksimum RM8) dengan nilai pesanan minimum RM22 apabila anda menggunakan kod promosi EXTRA35.*

shops

● Gunakan kod promosi SHOPEXTRA untuk mendapat potongan 30% (diskaun maksimum RM10) dengan nilai pesanan minimum RM35*


Mencari hadiah yang bersesuaian sempena Tahun Baru Cina ini? Dapatkan hamper dan barangan runcit Tahun Baru Cina seperti Salted Egg Cookies, Orange Peel Cakes, Dragon tiger Grouper dan juga periuk nasi elektrik Pensonic hanya di Lotus.*


Berikan kejutan kepada orang tersayang dengan set hadiah Tahun Baru Cina istimewa daripada Watsons. Bukan itu sahaja! Manjakan diri anda dengan pelbagai pilihan Dried Fruits Series dan juga biskut Love Bites.*


Berikan hadiah set penjagaan diri kepada orang yang tersayang dengan set hadiah daripada Guardian yang terdiri daripada barangan seperti American Ginseng dan banyak lagi. Dapatkan hari ini sementara stok masih ada.*

Untuk butiran lanjut mengenai promosi Tahun Baru Cina foodpanda, sila layari laman foodpanda.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI