SEMARAKKAN TAHUN BARU LUNAR BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF HABIB

Syiling Wafer Emas 999 Edisi Terhad, diinspirasikan daripada Harimau

Tahun Baru Lunar yang juga dikenali sebagai perayaan musim bunga merupakan antara perayaan utama di Malaysia yang disambut khususnya masyarakat Cina dan disambut dengan penuh meriah bagi menandakan kemunculan tahun baru. Sebagai sebuah jenama barangan kemas tempatan, HABIB tidak ketinggalan untuk turut bersama-sama meraikan perayaan ini bagi menghargai para pelanggan terutamanya buat mereka yang meraikan sambutan istimewa ini.

Menurut kalendar Lunar, tahun 2022 merupakan tahun ‘Sang Harimau’ dan karakter ini sering dikaitkan dengan keberanian, sikap berdaya saing, yakin dan bercita-cita tinggi. Bersempena tahun baru ini, HABIB menampilkan syiling wafer emas 999 edisi terhad diinspirasikan daripada ‘Harimau’, menggabungkan warna merah dan emas yang memberi simbolik tuah. Syiling wafer emas ini turut didatangkan dalam edisi Disney X HABIB Winnie The Pooh: Edisi Tahun Baru Cina yang menampilkan dua rekaan unik Winnie dan Tigger dari kartun animasi tersebut. Secara tradisi, memberi ‘ang pao’ kepada keluarga dan sahabat handai adalah untuk membawa tuah kepada permulaan tahun baru. Kini, pada zaman serba moden ini, syiling wafer emas ini boleh dijadikan sebagai pengganti ‘ang pao’ dengan rekaan unik dan lebih menarik.

Koleksi Disney X HABIB Winnie The Pooh Edisi Tahun Baru Cina

Bagi meraikan Tahun Baru Lunar kali ini, HABIB membawakan tema ‘Ignite The Spark’ dengan menampilkan pelbagai seleksi barangan kemas baharu serta rekaan unik dan berwarna-warni. Apabila menjelang tahun baru, antara perhiasan rumah yang tidak pernah dilupakan semasa perayaan ini adalah tanglung yang membawa erti kegembiraan dan keuntungan. Sehubungan dengan itu, HABIB tampil dengan Koleksi Lanterna dari Oro Italia 916® yang diinspirasikan daripada hiasan ini. Koleksi ini didatangkan dalam warna merah, emas, merah jambu dan hijau iaitu warna yang dipercayai membawa keuntungan kepada masyarakat Cina. Rekaan ini diperbuat daripada emas kuning 916 yang dihiasi dengan juraian-juraian dan sangat sesuai digayakan dengan pakaian serba baharu untuk melengkapkan penampilan pada hari perayaan istimewa ini.

Rekaan Tanglung daripada emas Oro Italia 916® yang didatangkan dalam warna-warna tuah seperti merah, emas, merah jambu dan hijau

Selain itu, setiap sambutan perayaan pastinya tidak lengkap tanpa persembahan percikan bunga api. Ramai yang sanggup menunggu sehingga tepat jam 12:00 tengah malam bagi menyaksikan kemeriahan percikan bunga api yang mewarnai langit di samping yang tersayang untuk sama-sama meraikan perayaan bermakna ini. Busana serba baru yang digayakan pada sambutan ini pasti tidak lengkap tanpa barangan kemas yang melengkapkan penampilan. Sempena Tahun Baru Lunar, HABIB tampilkan koleksi berlian yang diilhamkan daripada bunga api, yang membawa erti kebahagian dan keberkatan kepada si pemakai menurut kepercayaan kaum Cina. Koleksi barangan kemas ini dibuat dengan penuh teliti dan menggunakan kepakaran pertukangan yang berpengalaman bagi menghasilkan ilusi percikan bunga api yang sempurna. Rekaan ini dihiasi dengan berlian dan batu permata delima, dan boleh didapati dalam bentuk set menjadikan ianya hadiah sempurna bagi meraikan kedatangan tahun baru untuk yang tersayang.

Diperbuat daripada emas putih bertatahkan berlian dan dihiasi batu permata delima, set ini diilhamkan daripada bunga api, bagi menyempurnakan kemeriahan tahun baru

Bersempena dengan kempen ini juga, HABIB mengadakan pameran barangan kemas di ruangan legar IOI City Mall Putrajaya bermula dari 26 Januari 2022 sehingga 6 Februari 2022. Para pelanggan boleh melihat sendiri koleksi istimewa Tahun Baru Lunar serta pelbagai seleksi barangan kemas lain yang terdiri daripada emas, berlian dan batu permata termasuk barangan eksklusif yang mempunyai rekaan sepanjang zaman serta kontemporari. Kesemua koleksi disusun mengikut kaunter bagi memberi keselesaan serta memudahkan pengalaman membeli belah pelanggan.

Semarakkan Tahun Baru Lunar dengan keluarga tersayang anda bersama HABIB. Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai seleksi barangan kemas yang berkualiti seperti Koleksi Oro Italia 916® serta koleksi berlian, batu permata yang memukau dan berlian bersijil. Bukan itu sahaja, buat mereka yang sedang berjinak-jinak dengan pelaburan emas, HABIB turut menawarkan pelbagai aset emas untuk pelaburan seperti jongkong emas bermula dari 1 gram sehingga 1 kilogram, syiling wafer emas 999 dan not emas. Dapatkan segera di seluruh bilik pameran HABIB sepanjang kempen berlangsung dari kini sehingga 6 Februari 2022.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING