MALAYSIAN REAL BOOK BUKUKAN KEKAYAAN MUZIK DI MALAYSIA

Michael Veerapen - Pengarah Projek The Malaysian Real Book

Buku The Malaysian Real Book adalah satu inisiatif yang sangat penting dalam pengumpulan dan dokumentasi khazanah muzik di Malaysia, termasuk muzik tradisi-rakyat, jazz dan popular kontemporari secara menyeluruh. 

Projek ini merupakan usaha komuniti untuk mempamerkan kekayaan dan kepelbagaian muzik di Malaysia, di samping menyerlahkan karya-karya penggubah, pencipta lagu dan kumpulan muzik tempatan. Buku ini adalah satu antologi cetakan muzik yang senang dimainkan mahupun bermanfaat untuk golongan pemuzik profesional, pendidik, pelajar dan penggemar muzik. 

Projek ini diterajui oleh Jawatankuasa Malaysian Jazz Piano Festival (MJPF) dengan sokongan, bantuan dan sumbangan daripada komuniti muzik di Malaysia. Jawatankuasa MJPF ini diasaskan pada tahun 2013 dengan harapan untuk memperluaskan pengaruh jazz tempatan serta menyemai semangat komuniti muzik yang seikhlasnya mewakili jati diri Malaysia. 


Motivasi utama sebalik buku ini adalah untuk kewujudan satu pelantar untuk menyatukan keseluruhan komuniti muzik Malaysia untuk berjuang bersama-sama. 

Sebagai sumber pendidikan yang komprehensif dan tepat yang amat diperlukan ia dapat merapatkan jurang pemisahan di antara pelajar muzik, pemuzik amatur, pendidik dan pemuzik profesional. 


Dapatkan The Malaysian Real Book dengan harga RM100 (edisi digital) dan RM150 (Edisi paperback) senaskah di https://www.malaysianrealbook.com/

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA