TAWARAN HEBAT TRAVELOKA DI TAHUN BAHARU CINA


Berbekalkan hasrat untuk merangsang ekonomi pelancongan selain mendukung inisiatif kerajaan yang ingin memulakan semula aktiviti pelancongan berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang bertepatan, Traveloka, Adiaplikasi Pelancongan untuk Asia Tenggara, telah melancarkan kempen sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) 2022. Kempen ini yang akan berlangsung dari 24 Januari hingga 6 Februari 2022 bakal menyajikan pelbagai tawaran CNY serta penjimatan tambahan buat warga Malaysia.

Angelica Chan, Pengurus Pasaran Negara, Traveloka Malaysia, menyatakan bahawa musim perayaan secara tradisinya merupakan waktu yang dedikasikan untuk melawat dan meluangkan masa bersama ahli keluarga serta rakan taulan, dan Traveloka sedang menawarkan kemudahan tempahan pelancongan saat akhir untuk membantu orang ramai mengunjungi yand tersayang sambil memastikan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ketat diamalkan ketika pandemik ini.

“Pada Tahun Baharu Cina kali ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan aneka tawaran istimewa untuk warga Malaysia bagi membolehkan mereka memaksimumkan penjimatan di samping mencipta kenangan bersama insan kesayangan mereka. Traveloka sedang menyediakan pelbagai tawaran dan promosi bagi penerbangan, hotel, tarikan pelancong dan banyak lagi, menjadikan detik yang diluangkan bersama insan tersayang lebih manis. Dengan itu, kami juga ingin menggalakkan para pelancong untuk mendahulukan aspek kesihatan dan keselamatan keluarga masing-masing dan individu di sekeliling dengan mengamalkan SOP seperti yang digariskan ketika melancong,” sebut Chan.

Pahang, Melaka dan Johor antara destinasi tumpuan pelancong

Sepanjang kempen ini, warga Malaysia akan disajikan dengan promosi jualan Tahun Baharu Cina Traveloka yang dirumus khas untuk para individu yang ingin pulang ke pangkuan keluarga, termasuk pelancong tegar yang ingin merebut peluang untuk mendapatkan tawaran-tawaran yang berbaloi bagi akomodasi, penerbangan, dan tarikan. Traveloka juga telah mempamerkan beberapa destinasi popular yang sedang diberi perhatian oleh pengguna, ia termasuk Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, dan Langkawi.

Para pelancong dapat menikmati penjimatan setinggi 30% dengan membuat tempahan akomodasi mereka di Traveloka, berserta kupon bernilai RM888 bagi penerbangan, hotel, dan Xperience, segmen khas Traveloka bagi tempahan eksperiensial untuk memperkayakan gaya hidup para pelancong. Kupon akan diagihkan sepanjang hari, dan kupon istimewa akan disediakan dari jam 6 petang hingga 9 malam setiap hari, menggalakkan pelancong untuk merebut lebih banyak tawaran menarik apabila mereka membuat tempahan akomodasi bersama Traveloka.

Merealisasikan aspirasi kembara anda

Traveloka yang berpangkalan di Indonesia telah diasaskan pada tahun 2012 dengan misi untuk menunaikan aspirasi pelancongan dan gaya hidup para pelanggan. Sebagai jenama pilihan bagi para pelancong di Asia Tenggara, Traveloka diyakini oleh pengguna untuk menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang penting termasuk pemprosesan transaksi bernilai tinggi. Ditunjangi oleh teknologi inovatif berpaksikan manusia – termasuk rekomendasi AI, ‘chatbot’ khas, serta model risiko kredit kami – Traveloka menawarkan pengalaman yang benar-benar komprehensif, lancar, dan lebih diperibadikan dalam industri ini.

Traveloka telah menembusi pasaran Malaysia pada tahun 2015, menawarkan kemudahan untuk menempah penerbangan dan hotel melalui platform/aplikasi dalam talian. Sejak itu, Traveloka telah memperluaskan portfolio produknya di dalam negara, dimulakan dengan rangkuman pelbagai jenis tarikan dan aktiviti untuk membantu para pelanggan kami merealisasikan keperluan pelancongan mereka menerusi sebuah platform yang holistik. Kini, Traveloka merupakan sebuah adiaplikasi pelancongan dengan misi untuk menunaikan aspirasi pelancongan dan gaya hidup para pelanggan, menawarkan sembilan produk dan perkhidmatan buat warga Malaysia seperti Penerbangan, Hotel, Xperience, Penerbangan + Hotel, Vila & Pangsapuri, Pemindahan Lapangan Terbang, Kereta Sewa, dan Pas JR Traveloka Malaysia merupakan satu-satunya adiaplikasi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) Malaysia.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tahun Baharu Cina oleh Traveloka, sila layari https://www.traveloka.com/en-my/promotion/huat-ah.People photo created by jcomp - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO