JOOX MEMPERKENALKAN FITUR TERKINI “KARAOKE ROOMS”

Bilakah kali terakhir anda menikmati perasaan teruja, bergelak ketawa dan menyanyi lagu karaoke bersama rakan-rakan anda? Karaoke merupakan satu cara yang hebat untuk merapatkan hubungan silaturahim dan meluangkan masa bersama mereka yang tersayang, tapi malangnya kini detik bersama semakin berkurangan dan ianya bukan sekadar hari, malah berminggu dan berbulan-bulan disebabkan kita perlu mematuhi penjarakan fizikal. 

JOOX, platform muzik paling berdedikasi, dengan bangganya memperkenalkan fitur “Karaoke ROOMS” supaya mereka yang ingin berehat dan menyanyi sekuat hati mengikut irama kegemaran diiringi sorakan penonton – kini boleh dibuat di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa!


Selain itu juga, kemeriahan berganda turut dirasakan kerana pengguna JOOX berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa semasa pelancarannya dengan melengkapkan misi “Karaoke ROOM”! Ayuh, ambil mikrofon, kumpulkan rakan-rakan anda dan bersedialah untuk beraksi di pentas utama sekarang!

Poshu Yeung, Naib Presiden Kanan JOOX berkata, “Peminat muzik akan berasa terhibur apabila berkongsi lagu hit kegemaran dari artis pujaan mereka dengan teman-teman dan keluarga. Bagi memenuhi sebahagian dari komitmen JOOX untuk memuaskan kehendak dan permintaan peminat muzik di seluruh Asia, kami berasa sangat teruja untuk memperkenalkan fitur “Karaoke ROOMS” terkini, yang bukan sahaja membolehkan pengguna JOOX untuk berinteraksi, meluangkan masa dan merapatkan lagi hubungan silaturahim dengan mereka yang dekat di hati malah ia turut mengetengahkan bakat muzikal mereka dan beraksi persis bintang di pentas maya khas.”

Menyanyi karaoke di “JOOX ROOMS” adalah begitu mudah dan menyeronokkan! Hos bilik boleh menukar secara mudah dari mod “Chat” ke mod “Karaoke” untuk memulakan muzik, dan seterusnya menjemput sesiapa sahaja di dalam bilik untuk menyanyi secara solo ataupun duet. Setiap penyanyi boleh membuat permintaan sehingga 3 lagu, dan ianya boleh mencapai 50 buah lagu bagi satu bilik pada satu masa yang sama - jadi semua berpeluang untuk menyanyi! Tak sabar untuk memulakan Karaoke parti anda? Begini caranya:
  1. Cari dan sertai Karaoke ROOMS yang anda inginkan;
  2. Atau buat ROOMS anda sendiri, tetapkannya kepada mod Karaoke dan jemput rakan untuk menyanyi;
  3. Tambah lagu untuk dinyanyikan dalam Karaoke ROOMS.
Adakah anda seorang pemalu di dalam kumpulan anda? Jangan risau! Penyanyi kini boleh memilih sama ada untuk memaparkan video penuh atau audio beserta lirik ketika menyanyikan lagu hit pilihan mereka. Pilihan seperti penapis kecantikan dan alatan tambahan (props) menarik juga disediakan bagi mereka yang berhasrat ingin menghiaskan pentas maya mereka, bersama tetapan audio seperti menukar kekunci lagu dan pelbagai kesan pengadun lain.

Tiada yang mampu mengatasi perasaan menyanyikan lagu kegemaran anda bersama pencinta muzik yang lain! Nikmati sesi karaoke bersama rakan-rakan dan dapatkan peluang untuk memenangi hadiah istimewa dengan melengkapkan misi “Karaoke ROOMS”. Untuk merasai pengalaman muzik yang mengasyikkan sepenuhnya, muat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX menerusi Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website. Nantikan lebih banyak program dan ciri menarik yang dibawakan kepada anda oleh JOOX! 

Comments

  1. Harrah's Casino, Las Vegas - MapyRO
    Harrah's Casino, Las 남원 출장안마 Vegas, Nevada. 시흥 출장샵 Map. Harrah's Casino is a 목포 출장안마 racino 서산 출장안마 located on Route 101, in Las Vegas, 대전광역 출장마사지 Nevada. Harrah's Casino is a hotel and casino

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PUBG MOBILE CAMPUS CHAMPIONSHIP 2022 KINI KEMBALI! PELUANG TERAKHIR KE PMNC 2022!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3