KONGSI RAYA KISAH KOMEDI ROMANTIK CINTA DUA BUDAYA


Naskah Kongsi Raya dihasilkan oleh syarikat produksi 555 Filem Sdn Bhd. Filem ini mengisahkan tentang percintaan Sharifah dan Jack yang dihalang oleh kedua-dua keluarga mereka. 



Keadaan menjadi semakin rumit apabila kedua-dua bapa mereka mula berentap di dalam pertandingan memasak untuk menentukan nasib hubungan mereka berdua. Pelbagai kejadian yang menghiburkan terjadi di dalam usaha mereka untuk mempertahankan hubungan cinta mereka.


Apa yang menarik tentang filem ini adalah pengarahnya Teddy Chin memulakan kerjayanya sebagai pelakon namun kini beliau lebih terdorong untuk menjadi seorang pengarah. Ini merupakan filem pertama berbilang bangsa dan bahasa yang diarahkan oleh beliau.


Watak-watak utama filem Kongsi Raya ini terdiri daripada Qasrina Karim, Wilson Lee, Harith Iskander, Erra Fazira, Chew Kin Wah dan Teddy Chin.

Filem Kongsi Raya ditaja oleh Cola-Cola dan disokong oleh rakan radio Astro iaitu ERA FM, HITZ FM, MY FM, SINAR FM, MELODY FM & GO XUAN. Filem ini diedarkan oleh GSC Movies Sdn Bhd.


Kongsi Raya, filem komedi drama bakal menghiburkan penonton di seluruh negara bermula 3 Febuari 2022. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati laman sosial kami di https://www.gscmovies.com.my/kongsi-raya/

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

JOM MERIAHKAN EVERSE 2026: ALAMI GABUNGAN UNIK PELANCONGAN, TEKNOLOGI DAN HIBURAN MENARIK!

FESTIVAL WARISAN SELERA SELATAN 2026 KEMBALI LEBIH MERIAH, BAWAKAN HAMPIR 200 HIDANGAN ISTIMEWA TRADISI JOHOR, MELAKA & NEGERI SEMBILAN

ASTRO MEMACU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL YANG SELAMAT DAN BERETIKA DALAM KALANGAN REMAJA MENERUSI SIRI TEKNOTHRILLER ‘MAARA’