SAMSUNG & BTS KOMITED UNTUK 'GALAXY FOR THE PLANET'


Dalam sidang Galaxy Unpacked 2022 baru-baru ini, BTS dan Samsung Galaxy telah mengumumkan komitmen bersama mereka untuk meneraju usaha berimpak positif untuk alam sekitar. 

Dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang sisa buangan plastik di lautan, ahli-ahli BTS mengangkat kad dengan pesanan “Our small actions can turn a ripple into a new wave,” dengan imej plastik buangan di lautan yang dipaparkan di belakang mereka.

Dengan yang demikian, Samsung akan menggunakan bahan plastik kitar semula yang diperolehi dari lautan untuk rangkaian produk yang ditawarkan di masa hadapan, bermula dengan siri peranti Galaxy S22 dan Galaxy Tab S8. Rangkaian peranti ini mencerminkan usaha Samsung yang berterusan untuk membasmi penggunaan plastik pakai-buang dan meningkatkan penggunaan bahan mesra-alam, seperti bahan kitar semula pasca pengguna (PCM) dan kertas kitar semula. 

Dengan usaha transformasi ini, Samsung Galaxy berharap dapat meneraju teknologi produk baharu dan membawakan impak yang positif kepada alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut tentang komitmen Samsung dalam kempen Galaxy for the Planet, sila layari: http://spr.ly/6057KR317

Untuk pra-tempahan Galaxy S22 series, sila klik putan berkenaan yang berikut:

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM