AGROBANK BAWAKAN SIRI VIDEO 'RESEPI RINGKAS RAMADAN'
Juadah Ramadan sememangnya antara tarikan utama di bulan yang mulia ini. Aneka masakan yang enak pada bulan Ramadan bukan sahaja istimewa dan sinonim apabila berbuka puasa, malah ia turut dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama mahupun bangsa.
Menyedari tentang keistimewaan ini, Agrobank dengan kolaborasi Chef Zam Akmal hari ini telah memperkenalkan siri video ‘Resipi Ringkas Ramadan Agrobank’ yang dilancarkan oleh Zurina Othman, Ketua Pegawai Pengurusan Kredit Agrobank mewakili Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank. Siri video ini bakal menyediakan lapan (8) buah resipi warisan untuk dikongsi bersama pengguna media sosial pada bulan Ramadan dengan mengetengahkan produk-produk tempatan keluaran para pelanggan Agrobank sebagai bahan utama dalam resipi masakan ini.
Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata “Teras usaha di Agrobank adalah untuk mendukung seluruh aspek rantaian nilai pertanian selaras dengan visi Agrobank iaitu ‘Memperkasakan Pertanian Melangkaui Perbankan’. Ia telah menjadi nadi buat Agrobank dalam menyediakan produk pembiayaan pertanian yang holistik, meningkatkan akses pembiayaan, pembangunan kerjasama strategik di samping menyediakan khidmat nasihat dalam ekosistem ini.”
“Justeru dalam usaha untuk meningkatkan kelestarian sektor pertanian dan agromakanan sekali gus menyokong pembangunan sosioekonomi, siri video Resipi Ringkas Ramadan Agrobank ini telah diperkenalkan khusus untuk menyokong dan memperkenalkan produk-produk keluaran pelanggan Agrobank serta pada masa yang sama memberi peluang kepada penonton untuk menggunakan resipi yang dikongsi untuk tujuan perniagaan. Harapan kami agar resipi yang dikongsi dapat menjadi inspirasi buat usahawan untuk digunakan dalam menjana pendapatan di samping memberi idea untuk menu juadah berbuka puasa bersama keluarga tersayang,” katanya.
Tambah beliau lagi, “Siri masakan yang dikongsi ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif dalam pemerkasaan sosial serta mamacu meningkatkan kemampanan keseluruhan rantaian nilai sektor pertanian. Saya percaya, pelanggan kami adalah agen yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk sama-sama menyokong perniagaan mereka. Menerusi pembikinan siri video masakan bersempena Ramadan ini, promosi produk-produk keluaran pelanggan kami dapat diperkenalkan dan di harap usaha ini dapat membantu meningkatkan lagi perniagaan mereka,” tambah Tengku Ahmad Badli Shah.
Berikut adalah senarai produk dan syarikat yang digunakan dalam siri video Resipi Ramadan Agrobank:
1. Nurtinah Enterprise menerusi produk Keropok Lekor Hulu Selangor
2. Mukmin Enterprise menerusi produk Tauhu Telur, Cincau, Fish Ball (3 episod)
3. Nanas Waknur menerusi produk Nanas Yankee
4. 48 Salai Smoke House menerusi produk Itik Salai
5. Patin Paskal Enterprise menerusi produk Frozen Patin Tempoyak
6. Agro4me menerusi produk Terung Mini
Resipi Ringkas Ringkas Ramadan Agrobank ini boleh ditonton menerusi media sosial Agrobank iaitu di Facebook - Agrobank dan Instagram - @agrobankmy bermula pada 2 April ini pada setiap Sabtu dan Ahad di sepanjang bulan Ramadan. Selain daripada itu, penonton juga boleh menonton resipi Ramadan ini menerusi akaun TikTok Chef Zam Akmal pada setiap Rabu dan Khamis.
Comments
Post a Comment