PANGGILAN UNTUK PENYERTAAN TUKANG – SELANGOR CRAFTMANSHIP FESTIVAL 2022!


Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor, Tourism Selangor menjemput para artis, pereka, pembuat kraftangan atau wakil dari mana-mana organisasi bagi mengambil bahagian dalam TUKANG – Selangor Craftmanship Festival 2022. Inilah masanya bagi merealisasikan idea kreatif anda dalam membawa inovasi dalam pembuatan barangan kraftangan tempatan.

TUKANG juga digambarkan sebagai seorang yang berkemahiran dalam pembuatan kraftangan yang juga merupakan simbol warisan Negara. Projek yang digerakkan oleh Jabatan Pembangunan Industri, Tourism Selangor ini bagi memberikan pengiktirafan kepada para pembuat kraf yang telah memberikan sumbangan dalam perkembangan seni kraftangan Negara. Kemahiran mereka dalam menghasilkan produk kraf yang harmoni dengan reka-bentuk yang menarik juga melambangkan kemahiran mereka dalam seni pertukangan ini.

Kurator bagi TUKANG - Selangor Craftmanship Festival 2022, Suzy Sulaiman, berharap agar projek inovasi ini mampu memperkukuh hubungan antara pereka moden dan tradisional dalam mengetengahkan seni kraftangan yang diberikan nafas yang baharu.

Manakala, Pengurus Jabatan Pembangunan Industri di Tourism Selangor, Chua Yee Ling, percaya Selangor mempunyai ramai para pereka kesenian dan kebudayaan yang berbakat, dan TUKANG - Selangor Craftmanship Festival akan dapat menghubungkan para artis tempatan dan menjenamakan Negeri Selangor melalui seni astetik.

Jika anda memerlukan makluman lanjut mengenai proses serahan Kertas Kerja bagi projek TUKANG, daftar untuk Bengkel atas talian yang dibawakan secara PERCUMA oleh pihak Tourism Selangor di pautan www.shorturl.at/jxINU. Bengkel ini ditawarkan dalam 2 slot iaitu pada 9 Mei 2022 and 2 Jun 2022, pada jam 8.00 sehingga 10.00 malam.

Manakala, panggilan bagi penyertaan TUKANG bermula pada 12 Mei, dan tarikh akhir serahan Kertas Kerja adalah pada 12 Jun 2022 ke pautan www.shorturl.at/qACRW . Setiap penyertaan yang berjaya akan menerima RM 10,000.00 bagi menghasilkan produk atau hasil kraftangan tersebut. Malah, peserta juga berpeluang mempamerkan hasil kerja mereka di “TUKANG - Selangor Craftmanship Festival 2022”, dan akan turut dipromosikan di laman sesawang dan media sosial Tourism Selangor.




Jangan tunggu lagi dan usah lepaskan peluang ini! Untuk informasi lanjut mengenai Projek TUKANG, , sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di https://selangor.travel/tukang/ . Anda juga boleh menghantar e-mel ke industrial@tourismselangor.my, atau menghubungi pegawai Tourism Selangor; Cik Ng Yik Thim di talian 6011-6366 8098. Curahkan idea menarik anda dan sertai panggilan ini sekarang untuk merealisasikan idea kraftangan anda!

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI