KETAM VIRAL BAKAL MENAMBAT SELERA PEMINAT KETAM DENGAN #REALLYGOODCRABS
Ketam Viral – pakar di dalam penyediaan sajian hidangan makanan laut serta ketam tempatan yang memenuhi citarasa Malaysia bakal menambat hati pengunjung dengan memperkenalkan 10 hidangan ketam istimewa.
Menampilkan aneka pilihan masakan ketam dengan resipi dari seluruh Malaysia – antaranya Ketam Masak Iban, Ketam Masak Lomak Nogori (Ketam Masak Lemak Cili Api), Chilli Crab, Ketam Buttermilk Lurpak, Ketam Berlado, Ketam Kam Heong, Ketam Kari 21 Hari, dan juga sesuatu yang unik iaitu Ketam Juseyo (inspirasi masakan Korea), Ketam Manickam (hidangan Ketam Bunga istimewa) dan Ketam Portuguese, serta pelbagai pilihan juadah yang pasti memikat selera. Di samping itu, terdapat juga Siakap Laksa Siam, Chef Rathnor’s Flower Tofu, dan Nasi Lemak Alai yang dibungkus rapi dengan daun pisang – gandingan sempurna untuk dinikmati dengan setiap hidangan kami.
Pakar di sebalik rasa
Keistimewaan dan keunikan hidangan Ketam Viral dihasilkan oleh Chef Rathnor bersama pasukan kulinari terpilih beliau yang mencipta seleksi hidangan makanan laut dan ketam dengan citarasa Malaysia. Sepanjang kerjayanya selama dua dekad, beliau telah menyandang pelabagai jawatan dan kini merupakan Naib Presiden Persatuan Chef Kedah – dan telah diiktiraf dengan Pingat Kehormatan daripada persatuan itu pada tahun 2019 atas sumbangannya kepada program dan jenama masakan negeri.
Ketam ‘Bae’ untuk Setiap AcaraKetam Viral menawarkan pengalaman baru buat pengunjung untuk menjamu selera dengan khidmat Ketam Valet atau Ketam ‘Bae’ iaitu servis istimewa bagi membantu mengupas ketam tanpa merumitkan para pelanggan dan menjadikan santapan lebih mudah dan tidak dapat dilupakan!
Lebih banyak outlet akan dibuka selepas Bangi
Ketam Viral sering bekerjasama dengan pelbagai chef, pakar dalam bidang kulinari, dan juga selebriti media sosial dari seluruh pelosok negara untuk mengembangkan nama dan membolehkan semua pencinta makanan laut dan ketam untuk mencuba pelbagai resipi asli dari setiap negeri dan wilayah dalam masa terdekat. Untuk pengetahuan para pengunjung, Ketam Viral kini di dalam proses untuk mendapatkan sijil Halal.
Dibuka di Sunway Gandaria di Seksyen 9 Bangi, Ketam Viral menawarkan ruang makan yang luas dan menarik dengan suasana yang direka sesuai untuk berkumpul dan menikmati hidangan bersama-sama –sama ada untuk majlis meriah atau pun makan bersama orang tersayang. Kakitangan restoran yang ramah dan terlatih bersedia melayani para pengunjung untuk memberikan pengalaman yang sukar dilupakan. Mereka yang gemar mengambil gambar untuk media sosial pasti akan merasa teruja dengan susun atur serta rekaan dalaman restoran dan tempat bergambar yang bertemakan ketam.
Kunjungi Ketam Viral di 1-11, Sunway Gandaria, 2, Jalan Pusat Bandar, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi. Hubungi 03-8912 2868 atau 012-580 5113 untuk maklumat lanjut layari www.ketamviral.restaurant untuk menu www.ketamviral.menu Tempahan boleh dibuat di https://letsumai.com/widget/Ketam_Viral
Comments
Post a Comment