BERHUJUNG MINGGU DENGAN 4 TELEFILEM ISTIMEWA SEMPENA ULANG TAHUN TV3 KE 38

Sepanjang beroperasi, TV3 telah menyajikan banyak telefilem yang menarik hati penonton serta popular seperti Amanat, Restu Ayah, Qalbu dan banyak lagi. TV3 akan terus mewarnai hari anda dengan menyiarkan telefilem yang menarik dan berkualiti. Bersempena dengan ulang tahun TV3 ke 38, TV3 bakal menyajikan 4 telefilem istimewa untuk memeriahkan hujung minggu anda.

Bagi pengikut setia slot Cerekarama, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelakon - pelakon popular tanah air menerusi 4 telefilem sepanjang bulan Jun ini, setiap hari Sabtu, 10.00 malam iaitu Dendam Penunggu (Ismail Izzani & Shalma Eliana), Matahari Tak Bercahaya (Nad Zainal & Fattah Amin), Dania (Aedy Ashraf & Puteri Balqis) dan Langit (Eira Syazira & Azad Jasmin).

DENDAM PENUNGGU, 4 Jun

Pelakon: Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman & Shasha Abedul

Sinopsis: Dendam Penunggu mengisahkan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?


MATAHARI TAK BERCAHAYA, 11 Jun

Pelakon: Fattah Amin, Nad Zainal, Noorkhiriah, Aidit Noh, Hafreez Adam & Mimi Ernida

Sinopsis: Mastura, seorang ibu muda yang kehidupannya berubah sepenuhnya apabila dia didapati HIV positif. Nasib malangnya tidak berakhir apabila anaknya yang disusukan juga terjangkiti. Mastura dan suaminya Shahzan cuba untuk menyembunyikan hal ini daripada jiran tetangga di kampung, namun ia terbongkar dan mencetuskan ketakutan serta kebencian dalam kalangan penduduk kampung terhadap mereka. Salah faham dan kekeliruan menyebabkan mereka diasingkan serta dihalau keluar oleh orang kampung. Sampai bilakah Mastura dan keluarganya harus menanggung derita ini?


DANIA, 18 Jun

Pelakon: Aedy Ashraf, Puteri Balqis & Fezrul Khan

Sinopsis: Mengisahkan Dania seorang remaja yang menyendiri dan rakan sekelasnya kelihatan sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial. Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu. Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania. Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Ikuti Dania dan Luqman dalam kempen dan perjuangan yang panjang untuk menegakkan kebenaran.


Langit, 25 Jun

Pelakon: Eira Syazira, Azad Jasmin

Sinopsis: Dari zero ke hero, menceritakan tentang seorang suri rumah Raziah yang berubah menjadi wanita berdikari dan pencari nafkah kepada keluarga setelah kematian suaminya. Tidak rela pasrah dengan nasib hidupnya, Raziah keluar mencari pekerjaan dan cuba untuk berjaya dalam hidup, juga untuk memenangi semula rasa hormat daripada komunitinya.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. Gunakan #TV3SentiasaBersamamu untuk menghangatkan perbualan tentang sambutan ulang tahun TV3 ke-38 di laman sosial media sepanjang bulan Jun ini.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA