MUBI BAKAL SIARKAN 'THIS MUCH I KNOW TO BE TRUE' KARYA ANDREW DOMINIK MULAI 8 JULAI 2022


MUBI, pengedar dan servis strim filem global berkurasi dengan bangga mengumumkan filem yang mendapat pujian serata dunia This Much I Know To Be True karya Andrew Dominik (Chopper, The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford, Blonde) This Much I Know To Be True akan distrim secara eksklusif di MUBI secara global* mulai 8 Julai 2022, setelah mendapat tayangan perdananya di Festival Filem Berlin dan tayangan sinema global satu malam sahaja pada bulan Mei lalu.

Dirakam di London & Brighton, This Much I Know To Be True berjaya menampilkan hubungan kreatif yang luarbiasa antara Nick Cave dan Warren Ellis sewaktu mereka memberi kehidupan kepada lagu-lagu daripada dua album studio terakhir, ‘Ghosteen’ (Nick Cave & The Bad Seeds) dan ‘Carnage’ (Nick Cave & Warren Ellis).

Dokumentari yang membawakan persembahan pertama mereka menerusi album-album ini, difilemkan pada musim bunga 2021 sebelum lawatan mereka ke UK, kita melihatkan mereka berdua, ditemani penyanyi dan string quartet, menghidupkan setiap lagu. Filem ini juga membawakan penampilan istimewa teman rapat dan kolaborator, Marianne Faithfull.

This Much I Know To Be True mendalami persahabatan dan hubungan personal antara Nick Cave dan Warren Ellis, sekilas terlihat dokumentari-pseudo Cave tahun 2014, 20,000 Days on Earth. Filem ini bukti sebuah momen perjalanan yang signifikan oleh Nick Cave dan Warren Ellis, menangkap perasaan dan semangat pasangan ini selama mereka menempuh fasa baru yang lebih optimistik.

Dirakam dengan warna oleh Andrew Dominik dan sinematografi oleh Robbie Ryan (The Favourite, Marriage Story) This Much I Know To Be True merupakan karya peneman kepada filem Dominik tahun 2016, One More Time with Feeling, yang ditayangkan di Festival Filem Venice.

Sebuah Filem Bad Seed Ltd diterbitkan oleh Uncommon Creative Studios

Diarahkan oleh Andrew Dominik

Dibintangi oleh Nick Cave & Warren Ellis

Menampilkan Marianne Faithfull

Penerbit Eksekutif Charlie Gatsky Sinclair Brian Message Beth Clayton

Penerbit Amy James Isaac Hoff

Pengarah Fotografi Robbie Ryan

Penyunting Matthew C. Hart

Reka Bentuk Pencahayaan Chris Scott Andrew Dominik

Penulisan dan Persembahan Muzik oleh Nick Cave & Warren Ellis

Dokumentari 2016 Andrew Dominik, One More Time With Feeling, yang mendokumenkan rakaman album Nick Cave & The Bad Seeds ‘Skeleton Tree’, akan tiba di MUBI pada 6 Ogos 2022.

THIS MUCH I KNOW TO BE TRUE AKAN DISTRIM SECARA EKSKLUSIF DI MUBI MULAI 8 JULAI 2022

ONE MORE TIME WITH FEELING AKAN DISTRIM DI MUBI MULAI 6 OGOS 2022

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM