BERSEDIALAH UNTUK MENIKMATI SAAT-SAAT INDAH BERSAMA BUAH CERI NORTHWEST


Musim buah ceri yang dinanti-nantikan telah pun kembali. Penanam Bah Ceri Northwest (Northwest Cherry Growers) telah melancarkan kempen ‘Cherish the Moments’ untuk menadakan bermulanya musim memetic buah ceri yang berlarutan dari sekarang sehingga pertengaha bulan Ogos.

Kempen “Cherish the Moments” memjemput orang ramai untuk menikmati buah ceri yang berkhasiat dan sedap ini bersama orang-orang tersayang mereka di mana sahaja mereka berada, sama ada untuk majlis istimewa, berkelah atau sebagainya.

Ms Retna Malar, wakil pemasaran Northwest Cherries di Malaysia berkata, “Kualiti Northwest Cherries tidak perlu dipertikaikan lagi. Disebabkan keadaan cuaca bersalji di musim bunga tahun ini, kuantiti buah ceri berkurangan berbanding dengan kebiasaannya. Namun begitu, kualiti buah ceri yang terhasil adalah antara yang terbaik. Bukan sahaja saiznya yang besar, ia juga lebih manis, berair dan lebih rangup.”

Buah ceri juga diberikan jolokan “Diamond of Fruit” kerana khasiatnya. Ia mengandungi zat-zat galian seperti potassium, Vitamin C dan ciri-ciri anti-keradangan yang dapat membantu meredakan beberapa jenis penyakit. Buah ceri juga rendah dalam kandungan glycemic dan tidak mengandungi lemak dan natrium. Bukan itu sahaja, buah ceri juga mempunyai antioksida yang penting untuk kesihatan. Buah ceri juga adalah satu-satunya sumber melatonin dari alam semulajadi. Melatonin adalah sejenis hormon yang dirembeskan oleh haiwan mamalia untuk mengawal kitaran tidur kita.


Northwest Cherries merupakan bauh ceri pilihan warga Malaysia – lebih 60% buah ceri yang menjadi pilihan warga Malaysia berasal dari wilayah penanaman Northwest Cherriesyang diwakili oleh 2500 penanam buah ceri di negeri-negeri Barat Laut Pasifik seperti Washington, Oregon, Idaho, Utah, dan Montana. Secara purata, kawasan ini menghasilkan 400,000 MT buah ceri setiap tahun. Wilayah-wilayah ini adalah unik dan mempunyai iklim yang sesuai serta tanah gunung berapi yang subur untuk penanaman buah ceri. Faktor-faktor ini menghasilkan antara buah ceri yang terbaik di dunia.

Northwest Cherries boleh didapati di pasaraya dan peruncit yang terpilih seperti AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Ben’s Independent Grocers, Cold Storage, Mercato, Lotuss, Giant, Aeon Big, TF Value-Mart dan NSK. Ia juga dijual di pasar-pasar malam di Malaysia dan sering dilabel sebagai USA atau Washington Cherries. Anda juga boleh mendapatkan buah ceri ini melalui platform membeli-belah online seperti Lazada, Shopee, dan Hantar Fresh.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA