AIMAN & ZAHIRAH PAPARKAN KISAH HITAM YANG DISELUBUNGI CINTA DALAM ‘TIADA MAAF BUATMU’


Drama terkini Astro Ria iaitu ‘Tiada Maaf Buatmu’ membawa kisah percintaan persis office romance yang bakal menjadi kegemaran ramai. Namun drama baharu pertaruhan kali ini bukanlah berdasarkan naratif percintaan biasa atau cliché semata-mata.

Penceritaan menerusi 24 episod ini mengisahkan Aina Cempaka seorang gadis yang mengalami kecelakaan sehingga ia merubah kehidupannya. Perbuatan abangnya yang tidak melangsaikan hutang pemilik kelab malam menjadikan Aina Cempaka mangsa keadaan. Kejadian itu membuatkan kehidupan Aina Cempaka menjadi lebih malang apabila dia kehilangan ingatannya. 

Dia membawa diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu. Namun, takdir menemukan Aina Cempaka dan Faiz Iqbal kembali apabila dia mendapat kerja sebagai pembantu peribadi di syarikat Faiz Iqbal. Keberadaan Aina Cempaka di sisi Faiz Iqbal membuatkan kerja-kerjanya lebih teratur, menarik perhatian Faiz Iqbal yang menaruh hati padanya dalam diam. Bibit-bibit percintaan mula berputik di antara mereka tanpa mengetahui sejarah hitam yang terjalin antara satu sama lain lima tahun lalu.

Drama ini menampilkan kemunculan semula pasangan popular Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson sebagai watak utama selepas bergelar suami isteri lantas mengembalikan keterujaan para peminat dengan lakonan mereka selepas drama hit mereka dalam ‘Curi-Curi Cinta’.

Drama terbitan Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Mohd Yusof ini diarahkan oleh sutradara Idora Abdul Rahman serta didukung oleh barisan pelakon yang berbakat seperti Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali dan Sofia Dendroff.


‘Tiada Maaf Buatmu’ ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 September 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama, Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA