AEON MENGABADIKAN KEUNIKAN MEMORI KLASIK MALAYSIA SEBAGAI NFT


Bagi menyemarakkan lagi sambutan musim Merdeka ini, AEON Malaysia telah menganjurkan peraduan #ClassicMalaysianMoments sebagai satu platform kepada warga Malaysia untuk berkongsi apa yang dikatakan detik-detik kemalaysiaan klasik yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Penyertaan yang telah disenarai pendek dan dimuat naik ke media sosial untuk diundi oleh orang ramai.

Sepuluh pemenang #ClassicMalaysianMoments yang terpilih telah diumumkan di satu majlis penyampaian hadiah di AEON Taman Maluri pada 13 September 2022, yang mana lima pemenang utama membawa pulang hadiah baucar AEON bernilai RM1,500 dan lima lgi pememang saguhati menerima hadiah baucar AEON bernilai RM500.

Rekaan yang menang bakal juga akan diubah menjadi NFT yang boleh ditebus oleh pelanggan AEON* sebagai cenderahati dalam dunia digital.


Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Low Ngai Yuen berkata, "Kami sangat teruja untuk melakukan ini bersama-sama dengan pelanggan kami kerana NFT ini adalah pengalaman mereka yang tidak ternilai dalam menjadikan rakyat Malaysia unik. Kami bertuah dapat bekerja secara berterusan bersama pelanggan kami dan membuka peluang mereka berkongsi dengan kami pandangan dan pemikiran mereka – ianya tidak ternilai. Sebagai balasan, kami berharap dapat berkongsi aset digital ini dengan lebih ramai lagi sebagai tanda terima kasih kepada semua orang."

Orang ramai dialu-alukan untuk memuat naik visual asli (foto/seni digital/seni tradisional) di Facebook, Twitter, dan Instagram dengan hashtag #AEONxMerdeka65 #ClassicMalaysianMoments serta #IniKonfemMalaysia dari 15 Ogos hingga 29 Ogos. Setiap penyertaan juga boleh memaparkan mana-mana jenama Malaysia kegemaran mereka dan bagaimana jenama itu telah mempengaruhi cara hidup rakyat Malaysia sepanjang 65 tahun ini.

"Keputusannya sungguh menakjubkan! Kami amat teruja kerana dapat sama-sama berkongsi detik-detik yang dirakam oleh rakyat Malaysia, menunjukkan cara dan rutin harian rakyat Malaysia yang penuh kenangan." tambah Low.

Di samping AEON, jenama lain yang sering disebut dalam kebanyakan #ClassicMalaysianMoments termasuk Milo, Hup Seng, 100 plus, Maggi, Nescafe, Gardenia, Kellogg’s, Munchy’s, F&N, Naturel dan Cap Kipas Udang.


AEON juga bekerjasama dengan Meta Universe (MU), pembekal penyelesaian perusahaan asli untuk semua perkara NFT dan metaverse, yang memberikan hala tuju dan sokongan yang lancar dalam destinasinya ke arah aliran digital semasa melalui peraduan #ClassicMalaysianMoments ini.

Senarai Penuh Pemenang adalah seperti berikut:

5 Pemenang Utama 

Lim Goh Chit - Roti Gardenia for 75 years

Aida - MILO piring

Ariel Lee - Good Game with 100 Plus

Rusydi - The MILO moment

Afi Sulaiman - Classic Malaysian Breakfast with Kellogg’s, Gardenia, MILO and Naturel

5 Pemenang Saguhati 
  • Kin RZ - MILO Kotak
  • Syukur Rani - Merdeka bersama Nescafe
  • Arif Hafizuddin- The best pairing; MILO with Munchy’s Oat Krunch
  • Fatin - Hup Seng cicah Susu for life
  • Hairrey - Childhood memory with MAGGI

Untuk butiran lanjut tentang peraduan dan untuk melihat semua penyertaan pemenang yang kreatif dan menarik, sila layari https://www.aeonretail.com.my/merdeka-2022/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM