GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN RAMBUT, MANDIAN BADAN DAN SABUN PENCUCI TANGAN YANG ‘DISAHKAN HALAL’

Guardian Malaysia telah melancarkan rangkaian produk penjagaan rambut, penjagaan badan dan sabun pencuci tangan Guardian Essential yang disahkan ‘Halal’ oleh JAKIM Malaysia.

Anna Hull, Pengarah Komersil Malaysia dan Brunei merangkap Pengarah Jenama Sendiri (OB – Own Brand), Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara yang mengumumkan pensijilan tersebut berkata: “Pelanggan kami yang beragama Islam boleh menggunakan produk penjagaan rambut, penjagaan badan dan sabun pencuci tangan dalam rangkaian Guardian Essential kami dengan yakin kerana ia adalah 100% halal.”

Anna Hull, Pengarah Komersil Malaysia dan Brunei merangkap Pengarah Jenama Sendiri (OB – Own Brand), Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara

“Pensijilan produk jenama sendiri Guardian mencerminkan komitmen Guardian dalam usaha membangunkan dan membawa produk dengan nilai terbaik pada kualiti terbaik ke dalam pasaran bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan yang berubah-ubah,” tambah beliau.

Hull berkata sejak 2011, Guardian telah memperkenalkan produk Jenama Sendirinya. Ia termasuk syampu, perapi serta barangan penjagaan badan, yang mana kesemuanya telah diterima baik dan meraih bahagian pasaran.

“Ini tidak menghairankan kerana produk Jenama Sendiri Guardian menampilkan kualiti bertaraf dunia, dan dihasilkan mengikut spesifikasi kami. Paling penting, ia lebih berpatutan berbanding jenama-jenama popular tetapi berkualiti setaraf.”

Jelas beliau: “Ini adalah cara kami menyampaikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan dan jualan jenama OB meningkat kerana ia dikenali dengan nilai dan kualiti yang bagus, bertaraf dunia pada harga mampu milik.

Tetapi yang paling penting, rangkaian Penjagaan Rambut, Penjagaan Mandian dan Sabun Pencuci Tangan Guardian Essential kini telah disahkan Halal oleh JAKIM, tambah beliau.

Rangkaian Guardian Essential baharu itu menampilkan reka bentuk botol baharu yang moden dengan pam berwarna, label serta saiz botol yang baharu.

Di samping pensijilan Halal, rangkaian Penjagaan Rambut Guardian Essential juga diuji secara dermatologi, bebas paraben, mengandungi campuran aktif 3 protein bijirin terhidrolisis daripada gandum, soya dan jagung dengan amino asid seimbang, yang menjadikan rambut anda lebih sihat, licin dan bersinar.

Menampilkan empat wangian, termasuk Syampu dan Perapi Argan Licin & Menyuburkan, Syampu Mentol 3-dalam-1, Syampu dan Perapi Kawalan Rambut Gugur Halia, Syampu Anti Kelemumur Kelapa, rangkaian Penjagaan Rambut Guardian Essential ditawarkan dalam botol bersaiz 700ml dan 350ml.

Syampu Argan Licin & Menyuburkan

Syampu dan Perapi Argan Licin & Menyuburkan membantu menyuburkan, melicinkan serta melembapkan rambut menjadikannya lebih lembut, licin dan terurus. Ia sesuai untuk rambut normal atau kering dan mengandungi minyak Argan Morocco Asli.

Syampu Kawalan Rambut Gugur Halia 

Syampu dan Perapi Kawalan Rambut Gugur Halia adalah untuk rambut lemah dan rosak kerana ia membantu menguatkan rambut, mengurangkan rambut gugur akibat rambut rosak, menjadikan rambut lebih kuat dan tampak sihat. Ia mengandungi ekstrak halia dan ginseng.

Syampu Anti Kelemumur Kelapa

Syampu Anti Kelemumur Kelapa pula untuk rambut yang terdedah kepada kelemumur dan ia membantu mengurangkan kelemumur, melembap dan melicinkan rambut dan mengandungi ekstrak kelapa dan bahan anti kelemumur Climbazole.

Krim Mandian Melembap Susu Badam

Sementara itu, rangkaian Penjagaan Diri Guardian Essential menampilkan SEMBILAN produk termasuk Krim Mandian Melembap Susu Beras, Krim Mandian Melembap Susu Kambing, Krim Mandian Melembap Susu Badam, Mandian Badan Menyegarkan Aloe Vera, Mandian Badan Menyegarkan Lavender, Mandian Badan Menyegarkan Limau Gedang, Krim Mandian Melembap Zaitun, Krim Mandian Melembap Ros dan Krim Mandian Melembap Sakura.

Formulasi unik rangkaian Penjagaan Badan itu diuji secara dermatologi dan terbukti, tanpa sabun, mengandungi Hydra-Active dengan pelembap untuk melembapkan dan memanjakan kulit anda dengan penjagaan sebaiknya dan disahkan HALAL oleh JAKIM.

Sabun Pencuci Tangan Gel Limau Gedang

Rangkaian Sabun Pencuci Tangan Guardian Essential juga menampilkan bahan Hydra-Active, tanpa sabun dan disahkan HALAL oleh JAKIM. Ia didatangkan dalam beberapa varian termasuk Sabun Pencuci Tangan Gel Limau Gedang, Sabun Pencuci Tangan Gel Lavender, Sabun Pencuci Tangan Gel Aloe Vera, Sabun Pencuci Tangan Krim Sakura, Sabun Pencuci Tangan Krim Zaitun dan Sabun Pencuci Tangan Krim Susu Kambing.

“Kami menawarkan saiz pek yang berbeza dan pek bundle istimewa untuk nilai yang lebih baik di stor kami, menjadikannya lebih perlu untuk dimiliki oleh setiap rumah,” jelas Hull.

Comments

Popular posts from this blog

PUBG MOBILE CAMPUS CHAMPIONSHIP 2022 KINI KEMBALI! PELUANG TERAKHIR KE PMNC 2022!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3