PAMERAN BARANGAN KEMAS HABIB DI PAVILION BUKIT JALIL, TAWAR PELBAGAI REKAAN DAN AKTIVITI MENARIK
Buat pertama kalinya, HABIB mengadakan pameran barangan kemas terbesar bertempat di ruangan legar, pusat membeli-belah Pavilion Bukit Jalil, istimewa buat para pelanggan terutama sekali yang berada di sekitar Bukit Jalil. Berkeluasan hampir mencecah 9,000 kaki persegi yang merangkumi bilik pameran dan ruang legarnya di situ, pameran ini bukan sahaja menawarkan seleksi barangan kemas yang pelbagai, malah aktiviti-aktiviti menarik turut diadakan sepanjang pameran yang berlangsung bermula 23 September sehingga 2 Oktober 2022 dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Dengan keluasan yang besar, pelbagai koleksi terkini ditampilkan sepanjang pameran yang pasti merambangkan mata, baik dari koleksi emas, berlian mahupun batu permata. Koleksi popular yang hanya boleh didapati secara eksklusif di HABIB - Oro Italia 916® terkenal dengan kemasannya yang halus dan ketelitian serta keunikan pada rekaannya.
Buat bakal raja sehari juga, HABIB menawarkan pelbagai pilihan terbaru cincin perkahwinan untuk melengkapi hari bahagia. Koleksi berlian bersijil dari GIA dan AGS yang terdapat dalam pelbagai saiz, potongan, warna dan kejernihan bagi memenuhi citarasa setiap pelanggan.
Untuk yang inginkan kesempurnaan, koleksi ‘Berlian Potongan Terbaik Dunia’, Hearts On Fire® juga tampil dengan pelbagai rekaan moden.
Selain itu, trend menggayakan batu permata berwarna turut menjadi kegemaran ramai antaranya safir merah jambu, topaz biru, citrine kuning dan amethyst ungu. Tidak ketinggalan juga, koleksi mutiara terdapat dalam pelbagai variasi, antaranya dalam rona putih, kelabu, emas dan black peacock turut menanti buat pengunjung.
Bagi menjamin pengalaman membeli belah yang menyeluruh, mudah dan ringkas, pilihan barangan kemas untuk kanak-kanak serta koleksi jejaka seperti cincin lelaki yang diperbuat daripada perak palladium dan titanium juga ditawarkan.
Selain koleksi barangan kemas, HABIB juga menampilkan koleksi jongkong emas untuk pelaburan. Jongkong emas 999 ditawarkan dengan berat bermula dari 1 gram sehingga 1 kilogram. Manakala untuk mereka yang gemar mengumpul syiling emas edisi terhad, koleksi syiling wafer emas 999 seberat 0.2 gram dengan pelbagai motif yang unik juga boleh didapati di pameran ini.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti sesi penggayaan bersama stylist berbakat seperti stylist selebriti, Min Luna, stylist fesyen Farah Dinana serta jurusolek artis, Ayu Kirana. Perkhidmatan ‘caligraphy’ iaitu mengukir nama di atas kotak barangan kemas diberikan khusus kepada pelanggan yang membuat pembelian di pameran tersebut. Pelanggan juga dapat menikmati kopi istimewa dari HABIB.
Kunjungi pameran barangan kemas HABIB di Pavilion Bukit Jalil untuk menikmati tawaran dan aktiviti menarik yang diadakan. Sentiasa ingin menjadi sebahagian daripada detik istimewa pelanggan, HABIB terus komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik serta menampilkan rekaan-rekaan yang menepati citarasa pelanggan untuk setiap lapisan umur, selari dengan slogannya ‘The Gift Of Happiness’.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti media sosial HABIB di Instagram dan Facebook.
Comments
Post a Comment