MAMEE CHEF MELANCARKAN MI GORENG RENDANG LEGENDA DIILHAMKAN OLEH IKON NEGARA & DUTA JENAMA, DATO’ SHEILA MAJID


Menikmati masakan tradisional di acara istimewa adalah salah satu budaya yang paling digemari di Malaysia. Salah satunya ialah rendang, hidangan tradisional yang dihidang semasa majlis perayaan orang Melayu yang turut popular dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai etnik. Kini, Mamee Chef menjemput anda untuk menikmati rasa asli dan legenda rendang pada bila-bila masa yang anda inginkan dalam pek serba baharu Mi Goreng Rendang Legenda yang dibungkus untuk kemudahan anda!


Diinspirasikan oleh lagu ikonik Dato’ Sheila “Legenda”, Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda memiliki rasa asli dan autentik. Sebagai hidangan "mi goreng" pertama jenama tempatan, Mi Goreng Rendang dilengkapi dengan Kruk Kruk (bawang goreng) dan hirisan cili dalam setiap pek. Untuk menikmatinya, masukkan mi segera ke dalam 400ml air yang mendidih dan masak selama 3 minit. Toskan air dan letakkan mi segera di dalam mangkuk. Akhir sekali, masukkan serbuk perencah, pes dan ramuan tambahan, gaulkan dengan rata dan nikmatinya.


“Ratu Jazz Malaysia” dan duta jenama Mamee Chef Dato’ Sheila Majid telah membuat persembahan di seluruh dunia, tetapi baginya, rumah ialah tempat dimana Sheila boleh menikmati makanan kegemarannya bersama orang tersayang. “Rendang semestinya hidangan kegemaran keluarga saya - ibu saya sering membuat hidangan istimewa ini semasa musim perayaan, dan kami akan berkumpul bersama ketika kenduri! Di Malaysia, makanan adalah sesuatu yang dekat di hati kita; rasa legenda rendang memang digemari oleh semua orang daripada semua lapisan masyarakat. Dengan Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, saya dan keluarga boleh menikmati rendang asli yang kaya dengan aroma, tanpa perlu menunggu musim perayaan atau majlis istimewa!” kongsi Dato’ Sheila.


How Yuan Yi, Ketua Pegawai Pemasaran Mamee Double-Decker Sdn. Bhd., menyatakan rasa teruja terhadap perisa unik Rendang Legenda: “Kebanyakan mi goreng segera yang ditawarkan dipasaran hari ini terhad kepada perisa berasaskan kicap atau perisa yang amat pedas. Dengan adanya keupayaan R&D kami di Mamee, digabungkan dengan pemahaman tentang cita rasa rakyat Malaysia, kami bertekad menghasilkan cita rasa tempatan dan rasa asli yang dikenali dan disukai oleh semua warga Malaysia. Dengan adunan rempah ratus dan kuah berkrim, rasa Rendang Legenda kami sangat sesuai sebagai 'mi goreng'. Sebagai jenama Malaysia yang dibuat untuk warga Malaysia, kami berbangga untuk menyatukan orang ramai melalui pembangunan produk makanan yang menarik secara berterusan!”


Untuk meraikan pelancaran legenda Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, Dato’ Sheila Majid dan anak perempuannya, penyanyi hip-hop Kayda Aziz, telah menerbitkan sebuah lagu baharu! Tonton video muzik rasmi untuk "Kenikmatan Legenda" di YouTube di sini.


Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda (RM6.90/4 pek) kini boleh didapati di pasar raya di seluruh negara, serta dalam talian melalui Kedai Rasmi Mamee di Lazada dan Shopee. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang informasi terkini Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, sila ikuti Mamee Noodles Malaysia di Facebook dan Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM