MY GAYA MONTH KEMBALI MENYEMARAKKAN DUNIA FESYEN TEMPATAN DI FAHRENHEIT88


Malaysian Bumiputra Designer Association (MBDA) kembali menganjurkan MY Gaya Month buat tahun kedua sebagai satu tanda sokongan kepada Kempen Beli Barangan Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kempen yang diatur bagi mempromosikan barangan keluaran Malaysia menerusi fesyen ini akan berlangsung selama sebulan dari 6 Oktober hingga 10 November 2022 di Fahrenheit88. Acara MY Gaya Month ini bakal berlangsung dalam tiga bahagian iaitu:

1. Emporium fesyen yang akan memperagakan pelbagai koleksi barangan buatan tempatan hasil karya 20 jenama dan pereka tempatan yang berbakat

2. Forum fesyen menampilkan tetamu-tetamu undangan yang akan mengupas topik berkaitan industri fesyen di Malaysia seperti Fesyen & Teknologi, Digitalisasi dalam Fesyen, dan Aspek Perniagaan dalam Fesyen. Pembicara-pembicara yang akan tampil terdiri daripada personaliti-personaliti terkemuka seperti Zaihani Mohd Zain, Leslie Variyan, Darren Choy, Faizal Hamidi, Dr. Thomas Ong Poh Shing, Amdad, Tuan Abd. Azaharee Abdul Wahid dan Bon Zainal Harun.

3. Pameran & peragaan fesyen yang akan menampilkan 6 segmen yang mempamerkan koleksi terkini 20 jenama pereka tempatan. Peragaan ini merangkumi pelbagai kategori termasuk pakaian aktif (Activewear), pakaian siar (Streetwear), fesyen kanak-kanak, Couture, Bespoke, pakaian percutian (Resort Wear), aksesori serta Batik dan Songket.

Semua acara ini akan berlangsung di Fahrenheit88 di sepanjang tempoh kempen. Peragaan pelbagai koleksi pereka tempatan pada acara MY Gaya Month akan mengangkat martabat industri fesyen Malaysia ke tahap yang lebih tinggi serta menggalakkan minat orang ramai terhadap barangan tempatan, sekali gus membantu mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif di dalam negara dan di seantero dunia.

Pengasas Malaysian Bumiputra Designer Association (MBDA), Bon Zainal Harun

Pengasas Malaysian Bumiputra Designer Association (MBDA), Bon Zainal Harun berkata, “MBDA diasaskan pada 2018 dengan penyertaan seramai 20 orang pereka pada peringkat awal. Pada hari ini kami mempunyai keahlian seramai 35 orang. Visi saya menerusi MBDA adalah untuk merancakkan industri fesyen tempatan dengan memeriahkan komuniti pereka-pereka tempatan di Malaysia dan mengukuhkan tawaran tempatan kita yang unik untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Hasrat ini selari dengan objektif MY Gaya Month.”

Kempen MY Gaya Month disokong oleh rakan-rakan kongsi strategik berikut:

Fahrenheit88 sebagai rakan kongsi lokasi - Fahrenheit88 yang terletak di tengah-tengah Bukit Bintang ialah pusat fesyen & kecantikan yang menawarkan fesyen dan trend-trend kecantikan yang terkini serta pelbagai kedai makanan dan minuman yang paling trendy. Fahrenheit88 dikenali sebagai sebuah jenama destinasi membeli-belah yang menyeronokkan, segar dan ikonik dengan golongan belia muda yang trendy dan menggemari pelbagai barangan kecantikan, fesyen dan gaya hidup yang berpatutan sebagai kumpulan sasaran.

Al-Amar Express sebagai penaja makanan dan minuman - Menawarkan juadah tradisional asli Lubnan, Al-Amar Express merupakan anak syarikat seinduk Al Amar Pavilion, yang terletak di seberang jalan bertentangannya dan menawarkan suasana yang lebih santai. Al-Amar Express dimeriahkan dengan persembahan secara 'live' dan pelbagai perasa shisha untuk pelanggan-pelanggannya.

Sidec sebagai rakan kongsi strategik MBDA & rakan kongsi sokongan kepada MY Gaya Month - Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) ialah anak syarikat Invest Selangor Berhad yang diberi mandat untuk meneraju transformasi digital Selangor menjadi hab digital ASEAN dengan memupuk bakat-bakat digital, menjadi pemangkin kepada perkembangan syarikat-syarikat permulaan, memperkasakan perniagaan dan menggalakkan pelaburan digital dan teknologi baru di Selangor

‘Kempen Beli Barangan Malaysia’ anjuran KPDNHEP adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang kualiti barangan tempatan bagi membolehkannya bersaing pada peringkat antarabangsa, menggalakkan jualan barangan tempatan demi kelestarian negara, di samping mencipta peluang-peluang pekerjaan baharu.


Maklumat lanjut mengenai MY Gaya Month, pereka-pereka yang terlibat serta koleksi-koleksi yang diperagakan boleh didapati dengan mengunjungi https://www.mbdamalaysia.com/my-Gaya-month .

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI