NANOWHITE FRESH MELANCARKAN RANGKAIAN ANTI JERAWAT DAN PENCERAHAN KULIT MESRA ALAM BAHARU DENGAN 100% BAHAN SEMULAJADI


Nanowhite, pakar penjagaan pencerah kulit terkemuka di bawah syarikat induk Tohtonku Sdn Bhd, telah melancarkan semula barisan penjagaan kulit wajah berjerawat bagi golongan remaja, Nanowhite Fresh, dengan 100% bahan semula jadi yang mampan, mesra alam, vegan dan bebas daripada melakukan uji kaji terhadap haiwan (Cruelty-Free).

Pengarah Eksekutif Tohtonku Sdn Bhd Jasper Lim berkata, “Kami sentiasa melihat untuk perubahan dan kami diilhamkan oleh Generasi Z yang mulai menjalankan misi mereka untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Mereka adalah pengguna yang mempunyai kesedaran tinggi dan bijak memilih. Kami mendengar permintaan mereka oleh itu, kami telah berjaya menambah baik barisan produk Nanowhite Fresh dan menjadikannya beretika, mampan dan cruelty free.”

Pengarah Eksekutif Tohtonku Sdn Bhd Jasper Lim

Rangkaian Nanowhite Fresh terbaharu dihasilkan khusus untuk golongan remaja berumur antara 16 sehingga 21 tahun untuk membantu mereka menangani masalah kulit berjerawat. Produk ini dirumus dengan 100% pati minyak semula iaitu minyak pokok teh dan pudina untuk mengawal sebum, minyak berlebihan dan kulit tampak lebih bersih. Ia terbukti secara klinikal dalam mengurangkan kiraan jerawat dalam masa 1 hari sahaja!

Dos Vitamin C ditambah untuk membantu mencerahkan kulit untuk tampak lebih berseri, manakala formulasinya diuji secara dermatologi agar selamat, lembut, tidak mengeringkan dan tidak meregangkan kulit wajah.

Dibina berdasarkan konsep Bersih, Ceria (Clear up, Cheer Up), rangkaian Nanowhite Fresh diciptakan untuk penjagaan kulit secara menyeluruh – Rawat, Cegah dan Penjagaan Selepas, kepada pengguna agar kulit wajah sentiasa yakin bersih dalam rutin kecantikan harian.


“Jerawat adalah masalah yang sentiasa dihadapi oleh kalangan remaja yang boleh mencabar mental dan fizikal mereka. Rangkaian produk ini menjanjikan untuk membantu Gen Z memiliki kulit yang bersih dan sihat secara semula jadi, meningkatkan keyakinan dan menjadi versi terbaik diri mereka,” kata Lim.

Rangkaian ini dicipta dengan tujuan untuk memberi impak positif kepada pengguna dan alam sekitar. Justeru, ujian terhadap haiwan tidak dijalankan dan menggunakan pembungkusan mesra alam di samping penggunaan ramuan yang kekal minimum dan semula jadi.

Pembungkusan mesra alam yang diperbaharui ialah transformasi berwarna-warni rona ‘juicy’ adalah releven kepada Gen Z yang masih muda dan bereksperimen. Gabungan reka bentuk yang minimalis dan berwarna pastel lembut menunjukkan kepakaran dan kepercayaan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit terbaik. Keseluruhan rupa dan perasaan jenama itu bertujuan meraikan keunikan dan ekspresi diri generasi baharu.


Rangkaian Nanowhite Fresh terdiri daripada:

Clarifying Whip Foam Cleanser, 100g, RM20.90
Pembersih buat kulit normal hingga berminyak untuk menghilangkan kekotoran dan sebum berlebihan

Deep Cleansing Gel, 100g, RM20.90
Pembersih untuk kulit normal bagi menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan pori-pori

Gentle Cleansing Milk Cleanser, 100g, RM20.90
Pembersih yang sangat melembapkan untuk kulit sensitif

Detoxifying Charcoal Cleanser, 100g, RM20.90
Pembersih untuk kulit yang sangat berminyak bagi membersihkan sisa terperangkap dari pori-pori dan menanggalkan sel kulit mati

Miracle Mist, 125ml, RM26.90
Tone, hidrat dan kawal minyak berlebihan untuk menyediakan kulit

Acne Clearing Gel, 30ml, RM43.90
Merawat dan mengawal jerawat tanpa parut

Oil-Control Matte Moisturiser 50ml, RM27.90
Melembapkan kulit sambil melindungi daripada pencemaran alam sekitar

Skin Renewing Sleeping Essence, 40ml, RM27.90
Tekstur semula kulit sambil mengunci kelembapan pada waktu malam

Rangkaian produk akan mula dijual di seluruh negara di semua cawangan Watsons dan platform Shopee.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING